Monday 6 May 2013

PRU13: Tsunami Politik Cina

BN mendapat mandat baru pada PRU13 setelah berjaya menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pembangkang pula mendapat 89 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi. BN juga berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang. Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN. Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi. Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi. Walaubagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi. Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN. Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu. Keputusan yang kurang memberangsangkan kepada BN, berpunca daripada ‘tsunami politik kaum Cina’ yang tidak memberikan sokongan kepada BN sehingga MCA dan GERAKAN yang mewakili kaum itu tewas di kebanyakan kerusi kepada DAP. BN bakal membuat analisis terhadap keputusan pengundi Cina, selain kajian mengenai kegagalan mencatat kemenangan dua pertiga di Terengganu. ‘Tsunami poltik kaum Cina’ berlaku kerana pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat untuk negara ini kerana Malaysia mahu menyatukan rakyat pelbagai kaum. Apapun, keputusan itu membuktikan amalan demokrasi di negara ini berjalan lancar dan teratur. Keputusan rakyat ini turut menunjukkan aliran polarisasi pengundi dan ini membimbangkan. Jika tidak ditangani, ia dijangka boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. Demi kepentingan negara,MatMerapu berharap pembangkang menerima keputusan dengan hati terbuka dan biarkan proses demokrasi berjalan lancar. Perdana Menterijuga memberi jaminan bahawa semua aku janji akan dilaksanakan dan ditunaikan oleh kerajaan BN. Adalah dijangka BN akan menubuhkan mekanisme khusus bagi memantau pelaksanaan aku janji supaya rakyat sedar apabila BN pimpinan UMNO membuat komitmen, BN akan tepati. Hakikatnya, UMNO dan PAS perlu menyimpul "ikatan ummah" bagi meneutralisasikan kuasa DAP berteraskan Cina tersebut demi kepentingan Melayu-Islam, paling lewat sebelum PRU14 (dijangka tahun 2017). Pengundi Melayu yang menyokong DAP pula dinasihatkan supaya menilai semula agenda DAP bersifat rasis tersebut.......!!!

No comments:

Post a Comment