Thursday 16 May 2013

PRU13: Analisis Undi & Kerusi Mengikut Kaum

PRU13 telah selesai dan semua data telah diperolehi bagi membolehkan analisis secara rawak dibuat. Analisis ini hanya memfokuskan kepada situasi di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan mengenai corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini. Analisis situasi di Sabah dan Sarawak tidak dilakukan kerana tidak timbul persoalan tentang dominasi BN secara berterusan di sana. Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukkan 64% undi Melayu, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India berpihak kepada BN. Statistik sokongan padu kaum Melayu kepada BN memperlihatkan Johor mencatat sokongan paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan, walaupun ada sedikit peningkatan perolehan undi berbanding PRU12,fenomena ini membolehkan BN menambahkan kerusi DUN dan Parlimen. Undi dari kaum Cina kepada BN malangnya telah jatuh di luar jangkaan sama sekali, ke paras 10.8%. Dalam ramalan awal model matematik telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari kajian pendapat umum pelbagai pihak. Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP di saat saat akhir. Ini mencerminkan betapa berkesannya jentera DAP dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam PRU13 ini. Kaum Cina begitu yakin bahawa mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Pembangkang (PP) untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP. Dengan itu, DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti dominan dalam PP, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di sebelah pihak pembangkang. DAP dilihat mampu merancang dan melaksanakan kempen dengan begitu teliti sekali, pengikut dan penyokong PAS pula hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tetap tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam. DAP telah menggunakan isu Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir, satu perancangan teliti dan pelaksanaan yang amat efisien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan jumlah pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda bahawa pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia. Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat tetapi kurang sedikit dari jangkaan awal. Jika dalam PRU12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat ke paras 43.2%. Sebenarnya penentangan ekstrim dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknya kaum India semakin yakin bahawa masa depan mereka hanyalah bersama BN. Setinggi tahniah kepada PM,Dato' Sri Najib kerana telah berjaya memulihkan sokongan dari kaum India. Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India. Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi akibat pengaruh Tok Guru Nik Aziz. Selain itu, statistik menunjukkan terdapat seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera dari BN dan hanya 39 orang Melayu/Bumiputera dari PP. Pakatan Pembangkang pula didominasi oleh kaum Cina dengan 42 Ahli Parlimen. Justeru, angka tersebut menunjukkan terdapat seramai 161 ahli parlimen Melayu/Bumiputera (BN +PR) dan daripadanya hanya 139 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu, isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksanakan di Malaysia walaupun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Justeru PAS perlu kaji semula persoalan hudud ini.

No comments:

Post a Comment