Wednesday 8 May 2013

Apa Lagi Yang Anwar Nak..........!!!???

Perhimpunan yang dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya, MatMerapu amat sedih dan kesal dengan sikap politiking yang tidak berkesudahan diamalkan oleh Ketua Umum PKR itu. Tak habis-habis pasal Anwar ni. Apa lagi dia tak puashati. Bila lagi dia nak terima keputusan? Adalah lebih baik bagi Anwar untuk menunaikan janjinya untuk bersara dari politik setelah Pakatan Pembangkang (PP) gagal untuk menawan Putrajaya. Lihat sajalah perangai dan sikap Anwar yang masih mahu menjadi Perdana Menteri.....inilah punca sebenar beliau tidak dapat menerima keputusan PRU13. Sebaliknya, membuat pelbagai tuduhan negatif terhadap SPR. Kalau ia pun tidak puas hati, bukahkah ada 30 hari kalau nak buat bantahan. Ikutlah peraturan yang ada, bukannya buat perhimpunan. Tak boleh selesai masalah pun......!!!??? Perhimpunan apa lagi Anwar nak buat? Nak berapa kali pilihan raya?. MatMerapu turut terpanggil untuk mengingatkan Anwar bahawa jangan fikir beliau sahaja yang berpengaruh dan boleh menghimpunkan rakyat, BN juga boleh, namun apa najitah kepada negara. Jangan fikir beliau (Anwar) saja kuat, beliau saja dapat sokongan. BN juga ada kekuatannya. Kalau BN turut membuat perhimpunan besar, rakyat akan bertembung, fikirlah apa akan jadi?. Demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, BN tidak perlu bertindak demikian. MatMerapu menyeru agar seluruh rakyat tidak terikut-ikut dengan tindakan negatif Pakatan Pembangkang(PP) atau terlibat dalam sebarang "perhimpunan rakyat" yang akan datang atau bakal dianjurkan oleh PP kerana ianya akan merugikan semua pihak.

No comments:

Post a Comment