Tuesday 7 May 2013

PRU13: Tsunami Politik Cina Siri II

Pasca PRU13 ini, trend pengundi kaum Cina perlu dinilai semula oleh BN. Adakah mungkin bahawa ini tsunami politik Cina atau cauvinisme kaum, atau tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda??? Pencapain BN lebih buruk daipada 2008 sempena PRU13 yang lepas. Kerusi Dewan Rakyat merosot daripada 140 kepada 133. Kerusi DUN turut mengalami kemerosotan daripada 306 kepada 274 walaupun BN dapat menawan semula Kedah dan sahkan penguasannya ke atas Perak. Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Semuanya berpunca daripada "tsunami politik Cina" walaupun di negeri majoriti Melayu seperti Terengganu, prestasi BN agak merosot. “Please accept the results.” (Tolong terima keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan BN dalam PRU 13 di Ibu Pejabat UMNO. Secara ringkas, pemerhatian awal MatMerapu berfokus kepada trend sokongan kaum Cina yang lebih cenderung kepada DAP menjadi punca kepada pencapaian BN yang agak merosot berbanding PRU12. Akibatnya, Pakatan Pembangkang (PP) agak berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak serta berjaya menguasai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara. PP gagal dalam kempen “Ubah” dan “Ini Kali lah” untuk menguasai kerajaan pusat walaupun ia memperluaskan kehadirannya. BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi masih kurang mampu untuk menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera BN bekerja keras untuk menawan kembali Selangor dan Kelantan. Kegagalan di Selangor kerana tsunami politik Cina dan di Kelantan pula, ianya lebih kepada ketaksuban pengundi kepada PAS dan Tok Guru Nik Aziz. Di Pulau Pinang, Gerakan dan MCA mengalami kekalahan amat teruk. Segala jasa dan bakti kerajaan BN yang diberikan kepada kaum Cina tidak bermakna ibarat mencurahkan air di daun keladi. Pengundi Cina menolak BN secara terang-terangan kerana mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka menyokong DAP adalah satu kesilapan besar kepada kaum Cina!!! MatMerapu berharap agar kerajaan BN pasca PRU13 ini memberi keutamaan kepada nasib Melayu/Bumiputra Sabah Sarawak dan India kerana tanpa sokongan majoriti kaum Cina pun, BN masih mampu mengekalkan kuasa!!!

No comments:

Post a Comment