Wednesday 1 May 2013

PRU13: Strategi Pakatan Pembangkang Pahang.......!!!

Pakatan Pembangkang (PP) bersandarkan kepada "fitnah" dan "pembohongan" untuk menjatuhkan kerajaan BN di Pahang. PP terpaksa memburukkan kredibiliti Adnan Yaakob MB Pahang demi kuasa menuju Wisma Pahang. Lapan parlimen dan 12 DUN adalah misi PP. Inilah sasaran awal prestasi untuk Pahang. Kini PP berkeyakinan meningkatkan sasaran berdasarkan empat isu meliputi Isu loji "rare earth" Lynas Gebeng, PAS menukar prinsip kepada negara kebajikan, Kesedaran politik peneroka dan Buku "Report Card" MB Pahang. Sasaran terbaru ialah menuju Wisma Pahang. Sehingga kini, pembangkang menguasai 5 kerusi daripada 42 kerusi (BN 37 kerusi). Untuk melayakkan PP menerajui Pahang secara kemenangan majoriti mudah (simple majoriti), PP perlukan sekurang-kurangnya 22 kerusi. Untuk tujuan itu, PP mesti mempertahankan 5 kerusi yang telah dimenangi semasa PRU12 (2 PAS, 2 DAP & 1 Bebas) iaitu di N12 Beserah (maj 1541), N32 Kuala Semantan (maj 932), N7 Tras (maj 2451), N38 Triang (maj 2469) dan N1 Tanah Rata (maj 575-Bebas). Masih berbaki 17 kerusi lagi. Di manakah peluang untuk menang boleh diperolehi, secara analisa kalkulatif sebegini? Pertamanya ianya boleh difokuskan kepada 7 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 1000 undi iaitu di 3 DUN majoriti pengundi Melayu iaitu N16 Inderapura (maj 873), N15 Tg Lumpur (maj 496), N29 Jengka (maj 596) dan di 4 DUN pengundi majoriti atau signifikan bukan Melayu di N14 Teruntum (maj 293), N10 Damak (maj 509), N34 Ketari (maj 882) & N35 Sabai (maj 145-India). Seterusnya fokus perlu diberikan kpd 8 kerusi majoriti antara 1000-1500 terdapat di 5 kawasan maj Melayu (lebih 70%) iaitu N24 Luit (maj 1068), N3 Pdg Tengku (maj 1188), N9 Tahan (maj 1357), N19 Panching (maj 1441), N27 Jenderak (maj 1374) dan di 3 lagi kawasan pengundi bercampur iaitu di N33 Bilut (maj 1108), N4 Cheka (maj 1280), N5 Benta (maj 1358). Ini bermakna masih kurang 2 kerusi untuk majoriti mudah. Dimana lagi peluang untuk mereka menang? PP akan mantapkan jentera di N28 Kerdau (maj 1615), N37 Guai (maj 1941) dan 2 kawasan pengundi bercampur iaitu di N13 Semambu (maj 2136)dan N30 Mentakab (maj 2439). PAS kononnya berupaya untuk mendapatkan sokongan Melayu dan pengundi atas pagar agar mereka beralih dari menyokong UMNO secara signifikan peratusannya. Berdasarkan perkiraan PP, untuk menang simple majoriti, 22 kerusi tersebut bakal diwakili PAS 9 kerusi, DAP 8 kerusi dan PKR 5 kerusi. Banyak faktor juga perlu diambilkira termasuk faktor calon yang berkredibiliti. PAS dijangka melipatgandakan usaha dan memperkemaskan jentera untuk memenangi hati pengundi Melayu. Usaha dakwah dan tarbiah juga dijadikan asas utama. Kemungkinan kerajaan campuran seperti yang pernah berlaku di Perak juga tidak boleh ditolak. PAS telah melakukan kesilapan besar bila prinsip ditukar secara drastik mengugurkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan hukum hudud bukan keutamaan lagi. Rakyat Pahang nampak PAS sanggup "trade off" agama dan menggadai Islam demi kuasa menuju Putrajaya. Rakyat Pahang pun nampak pemimpin PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man tiada integriti kerana tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS ini. Setakat bertanding kacau daun untuk mengalahkan Nasharuddin membuatkan Mat Sabu menang menampakkan tidak bijak politik Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimana PAS Pahang mahu mengetuai PP menakluki Pahang pada PRU13 ini? Entahlah........hehehe!!!!

No comments:

Post a Comment