Wednesday, 22 May 2013

Harga Minyak RON97 Turun 20 Sen.......!!!

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 14hb Mei 2013. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya. Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada Sep 2012. Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran. Sementara itu,penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat. Penurunan harga minyak ini sememangnya amat tepat sekali. Kerajaan BN dilihat memang berpegang pada dasar sejajar dengan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' malah sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Inilah kerajaan BN - Janji Ditepati. Penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan. MatMerapu turut menjangka bahawa tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini. Adalah diyakini bahawa penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. Kesimpulannya, dengan penurunan harga minyak ini sudah pasti akan membuat Pakatan Pembangkang bengang dan "putus modal" untuk menghentam kerajaan BN. Syabas! Kerajaan BN pimpinan Dato' Sri Najib sememangnya mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment