Wednesday 8 May 2013

PRU13: Tsunami Politik Kaum Cina Siri III

Keputusan PRU13 menyaksikan “tsunami Cina” dan bukannya peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah. Pengamatan awal mengenai trend pengundian,walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Pembangkang (PP), walaupun tsunami politik juga telah melanda “sebahagian besar daripada Melayu”. Majoriti DAP meningkat kerana rasa tidak puas hati pengundi Cina terhadap MCA dan Gerakan. Kesimpulannya, berlakulah polarisasi kaum yang menzahirkan petunjuk "bahaya" atau "Awas!". Dua lagi faktor beroperasi secara serentak dengan kaum: kelas (kaya-miskin, kelas menengah) dan spatial (bandar dan luar bandar), namun tsunami politik kaum Cina yang menyumbang kepada prestasi merosot BN pada PRU13 berbanding PRU12. Walaupun BN berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, gabungan tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari Georgetown ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor kerana kawasan ini merupakan kawasan majoriti pengundi kaum Cina. BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah. DAP menghancurkan MCA dan Gerakan dalam PRU13 dengan penasihatnya Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi BN Johor Dato' Abdul Ghani Othman dengan 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah, selain merampas Kulai, Kluang dan Bakri di Johor. Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan parti komponen BN itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen, kurang separuh daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi dalam PRU12. Kerajaan BN dijangka akan memulakan proses perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas berlakunya “tsunami politik kaum Cina” dalam PRU13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil (133 kerusi Parlimen) berbanding PRU12 (140 kerusi Parlimen). PP menang lebih separuh daripada undi popular, menunjukkan gabungan itu mendapat sokongan sebahagian besar daripada Cina. Keputusan di Selangor, yang mempunyai peratusan besar populasi bandar, termasuk di negeri pantai barat lain, dengan jelas menunjukkan ini adalah trend peralihan besar pengundi kaum Cina berpihak kepada PP. Pengundi Cina dilihat lebih yakin dan mahukan perubahan akan bersama Pakatan malah terlalu terpengaruh dengan propaganda berbaur perkauman yang ditiup oleh DAP. Terdapat hampir 2.5 juta pengundi kali pertama daripada 13.3 juta pengundi yang layak mengundi dalam PRU13 yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus, paling tinggi dalam sejarah Malaysia. BN yang berkempen untuk menjaga keselamatan dan keamanan, kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN kepada PP dalam pilihan raya yang lepas. BN menang 133 dan manakala PP mendapat 89 kerusi Parlimen. Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding Pakatan yang mendapat 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh BN. Semua ini berpunca daripada tsunami politik kaum Cina.......!!!

No comments:

Post a Comment