Monday, 13 May 2013

Anwar: Terimalah Keputusan PRU13 Dengan Keinsafan......!!!

Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.Selepas Pulau Pinang.......Entah di mana pula!!!??? Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000. Macam biasa......pembangkang mengatakan yang datang adalah ratusan ribu. Mana ratusan ribunya??? Inilah tabiat pembangkang,semuanya nak bohong rakyat dengan angka.Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadium tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap SPR dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. Satu perkara yang ketara boleh dikatakan, lebih 80 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima keputusan PRU13. Walaubagaimanapun, pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya dimiliki Pakatan Pembangkang(PP) tempoh hari.Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA),Anwar sehingga kini membisu seribu bahasa.Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen sedangkan SPR telah memberi semua pihak masa secukupnya untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.Untuk mengguatkan dakwaan mereka bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi,pembangkang mencipta cerita kononnya TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan ‘blackout’ atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.Kejadian ini didakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon DAP yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang dicanangkan di dalam laman-laman sosial media pr0 pembangkang secara meluas.Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak mungkin fitnah dan pembohongan terhadap SPR,pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan. Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri dan Menteri Besar.Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal,individu pertama yang meraung kerana kecewa adalah Anwar sendiri.Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli pembohongan dan fitnah beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka,BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti ‘Ketuanan Rakyat’ dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retorik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Sepertimana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan ‘swing’ atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang,isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Justeru, mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengkuburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama!!! MatMerapu berharap agar Anwar menerima keputusan PRU13 dengan penuh keinsafan dan muhasabahlah diri.....jika umur panjang, bertandinglah lagi pada PRU14 akan datang!!!

No comments:

Post a Comment