Monday 1 April 2013

PRU 13: Isu 'Kalimah Allah' Racun Kepada Pembangkang

Pendirian PAS dan PKR khususnya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dilihat menjadi racun yang tiada penawar kepada Pakatan Pembangkang (PP). Rata-rata Melayu-Islam amat tidak berpuas hati dengan pemimpin Islam PAS dan PKR yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Mereka kini mula muak dan mual dengan tindakan pemimpin PP serta membuat mereka beralih arah sokongan berpihak kepada BN - satu kelebihan BN menjelang PRU 13. MatMerapu berasa bahawa BN perlu mengeksploitasi isu kalimah Allah ini secara meluas dan bersepadu di kawasan Parlimen/DUN terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Jika inisiatif ini dapat dikekalkan oleh BN, MatMerapu yakin bahawa majoriti pemilih berdaftar Melayu akan memberi undi mereka kepada BN. Ketidaksefahaman dan kesepakatan pemimpin Islam PAS dan PKR dalam isu ini membuka lagi ruang kepada BN untuk menang dengan selesa di kawasan majoriti Melayu.Justeru, tidak keterlaluan bahawa BN dijangka berjaya menawan kembali negeri Selangor dan Kedah akibat isu kalimah Allah ini malah negeri Kelantan juga bagaikan "telur di hujung tanduk" buat PP terutama PAS. BN juga dijangka dapat menambah bilangan kerusi DUN Pulau Pinang. Undilah BN demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment