Monday 8 April 2013

Ketua Menteri Pulau Pinang Membohongi Kaum India

Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Regim DAP yang terkenal dengan sikap rasis,chauvanis dan ultra-kiasu malah sering kali memainkan sentimen perkauman agar rakyat membenci BN. Sebelum ini, Lim Guan Eng mengaku beliau berbohong mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara dengan harga di bawah daripada harga pasaran di dalan Dewan Undangan Negeri. Tidak ada seorang pun pemimpin PAS dan PKR yang berani menafikan skandal yang membabitkan RM10 bilion tersebut. Kemudian timbul pula mengenai tuduhan Guan Eng kononnya jika Umno memerintah Pulau Pinang seluruh kuil akan dirobohkan. Isu ini membabitkan kes merobohkan sebuah kuil berhampiran kawasan paip pengagihan bahan mudah terbakar dan minyak.Pihak kuil juga bersetuju untuk memindahkan kuil tersebut setelah mendapat jaminan daripada pihak PPSB agar diberi kawasan yang baru. Guan Eng dengan niat jahat melihat ini adalah peluang untuk beliau menarik sokongan kaum India kononnya pihak pengurusan PPSB telah merobohkan kuil tanpa persetujuan pihak jawatankuasa kuil. Ketika itulah beliau mula menghasut kaum India kononnya Umno terlibat dalam kes merobohkan kuil tersebut. Apa yang Guan Eng tidak tahu, kuil tersebut dirobohkan atas arahan seorang ahli politik PAS. Guan Eng bertambah meroyan dan menjadi tidak keruan apabila dakwaan beliau dijawap oleh ADUN UMNO bahawa yang merobohkan kuil tersebut adalah Pengurus Besar bahagian kargo, En Abdul Halim Bin Abdul Kadir seorang Ahli PAS yang mengundi di DUN Seberang Jaya.Guan Eng terus terdiam seketika hingga mukanya merah padam. Sebaik saja mendengar jawapan ADUN UMNO,Guan Eng makin menggila apabila ia membabitkan PAS dan untuk terus menutup fitnah beliau,Ketua Menteri bertambah menggila di dalam dewan dengan tuduhan demi tuduhan kononnya UMNO adalah rasis untuk menutup kesalahan beliau. Apa yang menarik ketika itu, ADUN Seberang Jaya YB Arif Shah bingkas bangun apabila menyatakan UMNO bukan saja membela bangsa Melayu sebaliknya juga membela kaum India dan juga Cina sambil beliau menyenaraikan permohonan peruntukan untuk membina kuil dan tokong untuk orang India dan Cina. ADUN BN keluar Dewan Undangan Negeri kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan yang menuduh UMNO akan merobohkan semua kuil jika kembali berkuasa di Pulau Pinang. Ketua Pembangkang DUN, Datuk Azhar Ibrahim turut membantah kenyataan Ketua Menteri yang menuduh semua kuil Hindu akan terancam jika Umno memerintah. Apabila enggan menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf, Azhar mengetuai 10 ADUN BN telah keluar dewan.Seorang lagi wakil rakyat BN iaitu ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan tidak hadir semasa sidang Dewan tersebut. Datuk Azhar mencabar Guan Eng mengulangi kenyataan itu di luar DUN jika berani.Menurutnya, kenyataan Guan Eng boleh membangkitkan ketegangan kaum dan mempunyai niat jahat untuk mewujudkan suasana tidak harmoni di Pulau Pinang. Menilai corak pentadbiran dan kepimpinan kerajaan pembangkang ini, MatMerapu menyeru agar seluruh pemilih berdaftar Pulau Pinang kaum India untuk memboikot dan menghukum Pakatan Pembangkang terutama DAP sempena PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment