Sunday, 28 April 2013

PRU13: Sentimen Pengundi Cina

Sempena PRU13 ini, MCA dilihat menghadapi 'an uphill task' bagi menandingi DAP. Masyarakat Cina tampak sudah enggan merujuk kepada parti itu (MCA). Majoriti pengundi Cina beranggapan bahawa semua yang berkait dengan MCA - tidak betul belaka!!! DAP pula dilihat agak bijak memaparkan dua wajah. “DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu dan Inggeris demi menjaga hati orang bukan Cina yang mendengar". Misalannya, DAP akan memuji kegemilangan tamadun Islam dalam bahasa Melayu, menyebut fasal kemuafakatan dalam bahasa Inggeris tetapi membelasah dalam bahasa Cina. Gelagat barisan pembangkang serta para penyokongnya yang suka menabur fitnah serta memutar-belit telah menyebabkan ramai menjadi kecil hati. Pihak pembangkang sanggup dengan tanpa ragu-ragu atau rasa kesal menghasut para pemilih supaya berkasar dengan pemimpin BN serta melemparkan kata-kata kesat. Sementara itu, para pemimpin Pakatan yang sering dimanjakan akan terlepas dari kecaman. Pengaruh yang dipegang ahli-ahli politik Pakatan dalam media baru yang tidak mengamalkan etika serta tatasusila telah menjadikan politikus-politikus pembangkang ini riak dan berperangai memualkan. Ketaksuban golongan anak muda yang mengagumi ikon-ikon Pakatan boleh membawa kepada budaya negatif dan membinasa. “DAP had been successfully [sic] in spewing fire of lies and resort to racist taunts against MCA with labels such as running dogs, make Chinese angry, kow-tow, Umno slaves etc and they thrive on issues of latent dissatisfaction amongst the Chinese community such as quotas, privileges and religious advantages provided by the Constitution and institutionalized under the legal jurisdiction of the Malay Rulers in Council etc,”. Namun dalam diam DAP menggadai juga hak-hak Cina kepada PKR dan PAS. DAP hanya mampu memperdayakan rakyat terutama kaum Cina dengan janji-janji manis yang belum ditunaikan. Walaupun DAP asyik mengkritik MCA kerana kesanggupannya untuk bertolak-ansur dengan Umno, namun DAP sendiri juga merunduk. Kalau dahulu DAP melontarkan tohmahan terhadap kesediaan wakil-wakil rakyat MCA memakai songkok tatkala menghadiri upacara rasmi, sekarang pemimpin DAP lah yang berbaju Melayu demi mencari modal politik. Pertaruhan ‘all or nothing’ MCA yang kini dilihat oleh kaum Cina sebagai "melukut di tepi gantang" telah berjanji untuk berundur serta tidak akan menerima sebarang jawatan yang mungkin ditawarkan BN sekiranya parti itu gagal meraih sokongan pemilih Cina. Dalam konteks masyarakat Cina negara ini, terutamanya yang beragama Kristian, tidak mungkin lagi mereka menoleh ke belakang selepas mengecapi nikmat kuasa. Orang Cina yang julung kali mengecap kuasa di Pulau Pinang dan Lembah Klang nekad bergantung harapan sepenuh-penuhnya kepada DAP. Tidak lagi takut kalau-kalau tersisih daripada kerajaan sekiranya MCA tumpas. Kejayaan DAP di PRU12 dan PRK Sibu serta Pilihan Raya Negeri Sarawak nampaknya memberanikan orang Cina berjudi nasib 'all or nothing'. MatMerapu melihat bahawa BN hanya mampu memperoleh majoriti 2/3 jika mereka berjaya menambat hati pemilih berdaftar kaum Cina berpihak kepada BN. Apapun, Pakatan Pembangkang tidak mampu menawan Putrajaya pada PRU13 ini......!!!

No comments:

Post a Comment