Tuesday 2 April 2013

Bekas Jeneral: Calon 'Payung Terjun' PAS

Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Brigadier Jeneral Datuk Najmie (Bersara)akan bertanding mewakili PAS di kawasan parlimen P.16 Baling (Kedah) sempena PRU 13 kelak. Ini telah membuktikan ketepatan tafsiran MatMerapu, penyertaan bekas Jeneral berteraskan kepentingan peribadi - nak jadi calon PRU 13!!! Mana mungkin mereka (bekas-bekas Jeneral) mahu menyertai pembangkang kalau tidak dijanjikan "habuan" menjadi calon.....??? Nampaknya, kesemua 5 bekas Jeneral yang menyertai pembangkang adalah calon 'Payung Terjun' yang tidak perlu bersusah payah seperti Ketua Cabang/Ranting PKR atau PAS.......MatMerapu merakamkan 'Takziah' kepada 5 Ketua Cabang/Ranting PKR dan PAS yang tidak dicalonkan kerana tempat mereka telah diisi oleh 5 bekas Jeneral. Mengimbas kembali kerusi parlimen P.16 Baling, pada PRU 12 yang lalu, calon BN telah tewas kepada calon PAS dengan majoriti 7,613 undi. Menjelang PRU 13 nanti, calon BN dijangka dapat menawan kerusi P.16 Baling kerana calon bekas Jeneral tersebut terlalu banyak keburukan dan kemungkarannya semasa dalam perkhidmatan ATM (akan dibogelkan semasa sesi kempen kelak). Dengan penglibatan 5 bekas Jeneral sebagai calon kerusi parlimen, BN mempunyai kelebihan 5 kerusi kerana adalah tidak syak lagi bahawa kesemua bekas Jeneral akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU 13. Kelebihan 5 kerusi ini kepada BN sekaligus "menutup rapat" peluang tipis Pakatan Pembangkang yang kononnya ingin menawan Putrajaya. Kesimpulannya, "Al-Fatihah" kepada pembangkang terutama PKR dan PAS!!!

No comments:

Post a Comment