Wednesday, 17 April 2013
PRU 13: Calon Transformasi BN
Senarai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN yang telah diumumkan oleh pucuk pimpinan parti sempena PRU 13 merupakan "Calon Transformasi BN" yang bakal memenangi kerusi yang ditandingi. Gabungan calon muka lama dan baru ini dianggap sebagai 'winnable candidate' yang diterima oleh majoriti pengundi setempat. Ahli parti komponen BN terutama UMNO apa tah lagi penyandang yang tidak dicalonkan perlu akur dan menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dengan mengutamakan kemenangan parti. Tidak berlaku sebarang perebutan kerusi di kalangan parti komponen BN berbanding Pakatan Pembangkang (PP)- bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PKR dan PAS menentang BN serta PAS dan DAP menentang BN tidak terkecuali PKR dan DAP menentang BN (tanpa mengambilkira calon Bebas.
Selain PP, BN juga tidak sunyi daripada elemen protes yang dipamerkan oleh pengikut dan penyokong masing-masing yang tidak bersetuju dengan "calon payung terjun" yang diumumkan. Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa wujud "permuafakatan sulit" antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak PP bagi memenangi calon PP khususnya di kawasan di mana tidak seorang pun AJK Bahagian dicalonkan. MatMerapu merasa terkilan dan kecewa dengan sikap golongan ahli parti komponen BN yang sanggup bersekongkol dengan PP untuk memprotes dan mensabotaj calon BN. Unsur protes dan sabotaj sebegini sepatutnya tidak wujud jika kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Semua ahli penyokong parti komponen BN hendaklah kembali merapatkan saf dengan membulatkan tekad melalui usaha bersepadu bagi memenangkan calon BN sempena PRU 13 ini. Masih belum terlambat dan jangan dilenggahkan lagi sehingga nasi menjadi bubur basi - sememangnya PP akan meracuni pemikiran ahli dan penyokong BN demi mencapai impian mereka bersifat kerakusan kuasa untuk memerintah. Jangan mudah terpedaya dan termakan pujuk rayu PP kerana ianya "indah khabar dari rupa".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment