Wednesday 10 April 2013

PRU 13: Twenty Non-Winnable Candidate - An Estimate!

Kedua Puloh: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Penyokong beliau sebelum ini sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya. Kesembilan Belas: Nasharudin Mat Isa (bekas PAS). Dengan hubungan beliau bersama UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau dipilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memperoleh sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau. Kelapan Belas: Hassan Ali (PAS). Beliau bakal jatuh teruk. Beliau akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan oleh Hassan Ali terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam. Ketujuh Belas: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN). Seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Sekiranya beliau bertanding lagi di Kulim-Bandar Baru, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, calon pembangkang mempunyai kelebihan! Keenam Belas: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN). Dahulunya, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menggadai persahabatan dan maruah beliau semata-mata untuk mendapatkan yang tidak seberapa. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur busuk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu pengundi pro-PKR. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia. Kelima Belas: Nasharuddin Hashim (bekas PKR). Ada sesiapa yang masih ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersamanya. Beranikah beliau bertanding di DUN Bota lagi? Tidak mungkin..... kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus berpaling tadah. Keempat Belas: Osman Jailu (bekas PKR). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliaulah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada peralihan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Ketiga Belas: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam proses peralihan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Pembangkang yang diterajui Menteri Besar, Nizar Jamaluddin. Behrang juga ingat pada bekas Posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Kedua Belas: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati PKR. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang hasil bantuan BN. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi. Kesebelas: M Saravanan (MIC). Beliau dianggap sebagai "pesuruh" kepada Samy Vellu. Seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3,000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, calon PKR dijangka menang. Kesepuloh: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan Timbalan Pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau dikhabarkan sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC di kalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan di akar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau di Segamat! Kesembilan: K Devamany (MIC). Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihan raya lepas. Tetapi, Cameron Highlands sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 penggal, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasuki politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau di mana pengundi juga telah berasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highlands (jika dicalonkan)- tiada keraguan mengenai itu. Kelapan: Khairy Jamaluddin (UMNO). Graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Dato' Mukhriz Tun Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy dijangka menghadapi laluan sukar. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau (mantan PM) yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Ketujuh: Leo Gwo Burne (PKR). Beliau menjadi popular setelah skandal pita ‘correct, correct, correct.... Lingam'. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah dihadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana kononnya mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak 'tidak bijak' dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah teruk di Kelana Jaya. Keenam: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO). Bekas Menteri Dalam Negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Beliau juga yang bertanggungjawab dalam menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew di bawah ISA pada 2008. Beliau dijangka kalah di Kota Tinggi. UMNO juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding. Kelima: Chua Soi Lek (MCA). Adakah Presiden MCA ini menjadi calon pada pilihan raya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi keperibadian Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus mendesak Pengerusi BN sehingga dijangka membenarkan beliau bertanding. Malang untuk beliau, sama ada pengundi kaum Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan kemarahan orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau serta video seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Sememangnya rakyat Malaysia terutama pengundi kaum Cina mengatakan TIDAK kepada Soi Lek. Keempat: P Kamalanathan (MIC). Kepada kepercayaan kaum India beragama Hindu,Ketua Penerangan MIC ini dilihat telah melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau dilihat sebagai "hamba". Adalah diyakini bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di kawasan di mana pengundi India menjadi faktor penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN jika bertanding di Hulu Selangor lagi. Ketiga: Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas atas tiket UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada di Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat kerana dianggap "rasis". Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja dan dipuji oleh orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti "pelawak". Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihan raya kelak. Semua pengundi Bukan Melayu dan Ultra-Melayu sudah muak dengan beliau. Kedua: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Yang dimaksudkan adalah Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah. Kini Shahrizat dilihat sebagai "liabiliti besar" kepada UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia. Apa pun beliau telah mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRU 13. Satu keputusan bijak dan rahmat untuk UMNO. Pertama: Calon yang paling tidak mampu menang merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Perak terutama penyokong Pakatan Pembangkang – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan peralihan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali bertanding dan menagih undi di sana. Beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia. Note: This is merely a 'Political Estimate'......kuasa masih di tangan para pengundi.

No comments:

Post a Comment