Tuesday, 9 April 2013
TAKTIK TERDESAK PEMBANGKANG......!!!
Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.Tetapi,inilah yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang (PP) iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir,untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Dato' Sri Najib.Jelas sekali yang PP cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini,telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.Akibatnya,Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato' Sri Najib,yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.Ketakutan pembangkang terhadap Dato' Sri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.Malang bagi pembangkang,kesungguhan mereka menyerang Dato' Sri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.Malah,rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato' Sri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato' Sri Najib tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’,serta percaya bahawa Dato' Sri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.
Namun,semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato' Sri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13 ??? Untuk makluman,perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PP.Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang,bahawa begitulah sewajarnya,iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara,mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.Buktinya,beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam pilihan raya.Maka,bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib amatlah menyedihkan.
Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.Lebih pelik lagi,modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato' Sri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.Berdasarkan apa yang berlaku ini,apa yang cuba digambarkan oleh PP iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.Lebih-lebih lagi,apabila PP turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP,ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.Secara logiknya,apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PP.Kenapa PP perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat ??? Akhir sekali,kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia,selain Dato' Sri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment