Tuesday 26 March 2013

PRU 13: Bekas Jeneral Bertanding Di Johor Lagi........!!!

MatMerapu difahamkan oleh sumber dalaman (berjawatan tinggi) PKR bahawa Leftenan Jeneral Ghafir (B) akan bertanding di kerusi parlimen negeri Johor, P.159 Pasir Gudang pada PRU 13 kelak. Kawasan parlimen ini adalah kawasan tradisi BN khususnya UMNO. Pada PRU 12 (tahun 2008), BN memenangi kerusi parlimen Pasir Gudang dengan majoriti besar - 17,281 undi. Memang telah dijangka bahawa inilah bentuk tawaran PKR kepada bekas Jeneral yang sukar ditolak oleh mereka. Faktor ini jugalah yang mendorong Ghafir dan 4 bekas Jeneral menyertai PKR/PAS hingga beliau sanggup "menggigit tangan yang menyuap" dengan melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah dengan sengaja mengada-adakan isu terhadap KEMENTAH/ATM dan kerajaan. Memang tepatlah jangkaan pelbagai pihak bahawa sememangnya perjuangan bekas Jeneral bukanlah untuk membela nasib warga dan bekas tentera tetapi lebih cenderung mengutamakan kepentingan peribadi mereka sahaja. Pencalonan bekas Jeneral oleh Pakatan Pembangkang (PP)adalah satu tindakan yang "tidak menghargai" Ketua Cabang PKR/PAS tertentu terutama di kawasan yang ditandingi oleh bekas Jeneral tersebut. Ketaatan dan sokongan Ketua Cabang tersebut langsung tidak dihargai dan diberi pengiktirafan oleh PKR dan PAS. Tidaklah keterlaluan jika MatMerapu mengatakan bahawa Ketua Cabang terbabit telah ditipu secara sengaja oleh pucuk pimpinan mereka. Apa tidaknya.....!!!??? sebelum ini MatMerapu telah mendedahkan, Jeneral Md Hashim (B) akan bertanding di kerusi P.160 Johor Bahru - tamparan kuat kepada Ketua Cabang PKR Johor Bahru dan Pasir Gudang serta seluruh pengikut dan penyokong PKR di kawasan parlimen berkaitan. Apakah mungkin Ketua Cabang JB dan Pasir Gudang rela ditipu???........hahahaha! Inilah calon "payung terjun" PKR yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai winnable candidate malah tidak sedikit pun mampu memberi cabaran kepada calon BN yang bakal bertanding di kedua-dua kawasan parlimen tersebut. PP bakal kalah teruk di dua kawasan parlimen berkaitan......BN kekal mempunyai kelebihan 2 kerusi Parlimen sebagai "deposit" sebelum pertandingan bermula!!! MatMerapu menyeru agar pengikut dan penyokong PP di kawasan parlimen P.159 Pasir Gudang dan P.160 Johor Bahru bangun dari tidur dengan memberi "undi protes" kepada PP sempena PRU 13 nanti.

2 comments:

  1. buatla lawa sket page ni..ni nmpk sgt copy paste..lgsg tk edit2..budak mana nk baca entry yg mcm karangan stpm ni..buh gmbr lawa lawak2 sket tp biar yg ada kaitan ngn topik..naikkan rating blog ni biar org rmai google page ni dulu keluar..ikhlas la sket kalu kena buat blog ni pun..adoyai~

    ReplyDelete
  2. bro, ckp bnyk tak guna la..kita tunggu la PRU13..kita tgk sapa yg 'balik awal'..hahahhaa.gua ni pengundi atas pagar, gua tgk sapa calon, gua tak tgk parti..kalu calon muka klabu asap, sorry la bro, lu cermin lu punya muka dulu..

    ReplyDelete