Monday 11 March 2013

Penyalahgunaan Media Sosial Oleh Penjawat Awam

Dewasa ini MatMerapu melihat bahawa ramai di kalangan penjawat awam tidak terkecuali warga pasukan keselamatan yang telah menyalahgunakan media sosial untuk tujuan tertentu. Mereka menggunakan landasan ini untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara tanpa menggunakan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak majikan. Adakalanya mereka memamaparkan artikel yang tidak berasas kerana didorongi oleh emosi anti-establishment yang meluap.Ramai yang sedar akan tindakan mereka boleh menjejaskan imej dan kredibiliti kementerian/majikan sekaligus boleh menjejaskan usaha kerajaan sebagai stakeholder mereka. Dalam kerakusan tindakan mereka ini, maka berlakulah kebocoran maklumat kerajaan secara meluas. Walaupun MatMerapu bekerja sendiri namun MatMerapu agak sensitif terhadap penjawat awam yang sanggup "menggigit tangan yang menyuap" mereka dan keluarga. MatMerapu berharap agar semua peringkat penjawat awam tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya hendaklah sama-sama mendokong aspirasi kementerian dan kerajaan. Kebebasan bersuara sememangnya tidak terhalang namun gunakanlah saluran rasmi kementerian bagi mengelak wujudnya persepsi negatif di kalangan rakyat sekaligus menghakis keyakinan mereka terhadap sesebuah kementerian dan kerajaan. Gunakanlah landasan media sosial dengan lebih berhemah agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. MatMerapu mengesyorkan agar pihak kementerian kerajaan memberi penekanan dalam aspek media sosial ini dengan menggubal peruntukan perundangan yang bersesuaian bagi mendakwa penjawat awam yang tidak bertanggungjawab!!!

No comments:

Post a Comment