Sunday 24 March 2013

PRU 13: BN Menawan Kembali Selangor

MatMerapu kagum dengan usaha dan "kerja kuat" BN Selangor menjelang PRU 13 akan datang.Usaha ini terlaksana secara bersepadu dan menyeluruh bagi "mengeluarkan rakyat Selangor daripada genggaman ketidakadilan kerajaan pembangkang". Azam BN ini amat bertepatan kerana Pakatan Pembangkang (PP) di Selangor semakin kecelaruan dan bermasalah serta biadap (celupar)malah tidak menepati janji mereka kepada rakyat.Sesungguhnya, rakyat Selangor tidak rela ditipu lagi oleh PP. Bagi PP, Manifesto bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan!!! Rakyat Selangor telah sedar kini akan kesilapan mereka "memberi kuasa" kepada PP pada PRU 12 dulu......mereka kesal bukan kepalang!!! Kesedaran ini telah membuat pengundi Selangor beralih sokongan berpihak kepada BN. Justeru, hasil pengumpulan maklumat daripada pelbagai pihak dan agensi, MatMerapu mendapati bahawa BN mempunyai peluang amat cerah untuk menawan kembali Selangor. Sempena PRU 13 nanti, BN dijangka memenangi kerusi DUN Selangor melebihi 2/3 majoriti sekitar 38 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor. BN dengan mudah dapat mempertahankan 20 kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 malah berjaya menambah sebanyak 18 kerusi lagi sempena PRU 13. PP bakal memenangi 18 kerusi DUN sahaja di Selangor nanti. Inilah "hukuman" kepada PP yang telah menipu, memperdaya dan membohongi rakyat Selangor tanpa melunaskan pelbagai janji mereka. Pasca PRU 13, PP ibarat "ayam terlepas, tangan berbau tahi"......hahahaha!!!! MatMerapu mengucapkan Syabas kepada rakyat Selangor yang bijak memilih BN sempena PRU 13. MatMerapu turut berharap rakyat negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan turut menhukum PP demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat!!!

No comments:

Post a Comment