Thursday 14 March 2013

Bekas Jeneral: Habuan Lumayan

Pakatan Pembangkang (PP) difahamkan telah membelanjakan sebanyak RM4.8 juta sebagai habuan kepada 5 bekas Jeneral untuk menyokong PP. Jeneral Md Hashim (B) mendahului senarai dengan RM1.5 juta, diikuti oleh Lt Jen Ghafir (B) sebanyak RM1.2 juta, Laksma Imran (B) dan B.Jen Najmie (B) masing-masing mendapat sebanyak RM800k manakala yang tercorot Abd Hadi Khatab TUDM hanya "ceciput" sebanyak RM500k. Ketua Cabang dan Ranting PP hanya mampu ternganga luas.....yang akan masuk ke dalam mulut mereka hanya 'langau' atau lalat hijau!! Nampaknya PP sudah 'desperate' hingga sanggup membelanjakan wang yang besar bagi memperalatkan bekas Jeneral sebagai "landasan reput" untuk mempengaruhi warga tentera dan bekas tentera supaya menyokong atau memberi undi kepada calon PP. Yang peliknya.....Jen Md Hashim (B) baru saja menyertai PKR tapi memperoleh habuan paling tinggi dan akan jadi calon PKR.....apakah alasan PP untuk memberi imbuhan perangsang sebegitu....MatMerapu tak pasti!!! Tapi yang sedihnya......Abd Hadi Khatab hanya sekadar "tahi gigi".....kesian beliau, mungkin PP telah timbang bahawa habuan enjin jet masih banyak.....hehehe!!! Inilah bekas Jeneral pro pembangkang yang sanggup menjadi 'pengkhianat' kepada ATM yang kini sanggup memperlekehkan KEMENTAH dan ATM......gadai maruah hanya kerana dek "habuan". Mereka kini amat lantang dengan pelbagai tuduhan melulu, tanpa asas malah sanggup memfitnah dengan pelbagai rekaan isu terhadap KEMENTAH dan ATM serta kerajaan pimpinan BN. Inilah golongan "kacang hantu" yang lupa akan janji setia dan Ikrar Kesatria yang didokong mereka ketika dalam perkhidmatan dulu. Kesemua mereka ini adalah golongan "kecewa" kerana tidak dinaikkan pangkat/jawatan yang lebih tinggi. Macam mana kementerian nak bagi pangkat kalau perangai amat hodooooohhh!!! Bekas Jeneral ini juga sudah tiada "taring" dan telah patah "kuku", majoriti bekas Jeneral, bekas para pegawai dan bekas LLP tidak terkecuali yang masih berkhidmat semakin menjauhkan diri daripada 5 bekas Jeneral tersebut. MatMerapu berharap agar semua warga tentera dan bekas tentera serta rakyat memboikot 5 bekas Jeneral ini kerana mereka lebih mengutamakan "habuan lumayan" daripada apa jua asas perjuangan. MatMerapu juga berharap agar ahli dan pengikut PP terutama Ketua Cabang dan Ranting mendesak pucuk pimpinan mereka memperjelaskan mengenai pemberian "habuan" kepada 5 bekas Jeneral tersebut. Jika dah di"anaktiri"kan, apa guna tunggu lama......keluarlah parti beramai-ramai!!!

No comments:

Post a Comment