Sunday, 10 March 2013
Bekas Panglima Tentera Darat
Sebelum ini tersebar 4 bekas Jeneral bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP)kini MatMerapu melihat kehadiran bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Md Hashim (Bersara)pula sedang berjinak-jinak dengan PAS malah kerap kali hadir dalam sesi ceramah 4 bekas Jeneral berkaitan. Apakah yang mendorong bekas PTD ini berjinak dengan PAS??? Mungkin ianya juga didorong oleh kepentingan peribadi sepertimana 4 bekas Jeneral sebelum ini......!!! Mengimbas kembali bekas PTD ini sewaktu beliau menjadi Komander MALBAT I di Bosnia, beliau pernah mengarahkan skim jualan rokok bebas cukai dengan harga yang lebih tinggi untuk mengumpul wang bagi membayar tuntutan dari pihak Hotel Meteor, Makarska, Croatia, yang mendakwa anngota MALBAT I semasa tinggal selama 3 bulan sebelum diaturgerak ke Bosnia, telah mengakibatkan kehilangan dan kerosakan harta benda hotel berjumlah lebih kuarang DM 35,000.00 (RM58,000.00). Jumlah ini walau bagaimanapun telah dikurangkan kepada DM 12,000.00 (RM 19,800.00) selepas dirundingkan dengan pihak hotel. Dalam hal perniagaan rokok bebas cukai tersebut, akaun panjar MALBAT I telah digunakan dan DM 14,000.00 (RM23,000.00) keutungan telah dihasilkan. MatMerapu melihat......sungguhpun berniat baik untuk menyelesaikan tuntutan Hotel Meteor secara senyap-senyap tanpa official recourse bagi menjaga nama baik negara di kalangan komuniti antarabangsa, akan tetapi ianya tetap melanggar peraturan dan etika ATM. Walaupun tujuannya tercapai, tetapi telah menimbulkan prasangka dan tentunya juga menindas hak individu malah MatMerapu difahamkan oleh sumber Kementerian Pertahanan, beliau juga tidak melaksanakan kawalan ketat pelaksanaan skim tersebut. ATM telah mengambil tindakan ke atas Jen Tan Sri Md Hashim (Bersara) sekadar menyekat kerjayanya sahaja. Ini adalah satu contoh mengenai Tan Sri Md Hashim yang dimaklumkan oleh sumber kepada MatMerapu. Justeru, MatMerapu berharap agar bekas PTD ini tidak terus diperalatkan oleh PP sepertimana 4 bekas Jeneral yang telah mengkhianati ATM dan negara......!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment