Sunday, 10 March 2013
OP DAULAT: Pemantapan Blue Ocean Strategy
MatMerapu secara peribadi merasakan nama OP DAULAT lebih bermakna dan tepat berbanding nama sebelum ini - OP SULU. Walaupun ada yang berpendapat, what's there in a name!?....Roses call by some other names still smell sweet!!! Apapun, kewajipan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia. MatMerapu berasa kagum dengan kejayaan OP DAULAT terutama warga pasukan keselamatan yang memberi khidmat bakti dan pengorbanan demi mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Sebenarnya, insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Feb telah memberi gambaran jelas akan pengukuhan dan pemantapan Blue Ocean Strategy, idea yang dicetuskan oleh PM. Sememangnya kerjasama akrab antara ATM dan PDRM jelas ketara dalam OP DAULAT malah amat membanggakan rakyat kerana rakyat kekal yakin dengan keupayaan pasukan keselamatan dalam membanteraskan musuh negara demi keamanan rakyat 1Malaysia. MatMerapu yakin model ini akan tambah terserlah nanti akan wujudnya Special Security Area Command di Pantai Timur Sabah dengan adanya elemen awam bersama ATM dan PDRM. Selain daripada pemantapan strategi lautan biru tersebut, insiden di Lahad Datu yang telah mengorbankan seramai 8 wira negara bukanlah satu sandiwara atau lakonan.......jauh sekali daripada konspirasi politik BN. Jangan ada lagi di antara kita mengikut jejak Tian Chua yang MatMerapu anggap tindakan beliau adalah bersifat Petualang dan Pengkhianat Negara yang perlu didakwa oleh pihak berwajib berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada. Inilah sifat keci pembangkang!!! MatMerapu berharap agar seluruh rakyat Malaysia bangun dan membantah kenyataan dan tindakan pemimpin pembangkang (Tian Chua)tersebut. Marilah kita sama-sama membina sifat dan sikap wathaniyyah (patriotisme) di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment