Tuesday, 12 March 2013
Insiden Pencerobohan Lahad Datu: Grand Design Anwar!!!
'Jari telunjuk lurus, kelengking berkait' dan 'Nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata tidak nampak'; amat sepadan dengan tindakan Pakatan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Apa tidaknya??? cuba lihat bagaimana liciknya Anwar yang secara jelas berkait rapat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tanggal 12hb Feb hingga kini yang telah mengorbankan 8 anggota pasukan keselamatan. Perjumpaan Anwar dengan Nur Misuari (MNLF) bukanlah satu perkara baru dan telah heboh diperkatakan melalui pelbagai media tradisi dan baru. Anwar juga dalam siri ceramahnya sering mendedangkan lagu....tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib....Sabah nak hilaaaang!!! Inilah dendangan khianat Anwar dan petualang negara terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.....Anwar telah lama tahu bahawa Sabah akan diceroboh oleh pengganas. Inilah grand design Anwar menjelang PRU 13. Manakala Tian Chua pula secara biadap dan angkuh menuduh insiden tersebut adalah lakonan dan sandiwara serta konspirasi UMNO dan BN. Jelaslah kepada rakyat kini bahawa Anwar dan Tian Chua adalah "syaitan bertopengkan manusia" dan "musang berbulu ayam". Keburukan dan kemungkaran pemimpin PP semakin terserlah ibarat "bangkai gajah cuba ditutup dengan nyiru"......hahahaha!!! Adakah ahli, pengikut dan sympathisers PP rela diperbodoh, ditipu dan di"kuda"kan lagi oleh mereka??? Marilah sama-sama kita berikrar untuk "menghukum" calon PP yang akan bertanding sempena PRU 13 kelak. Hukuman daripada rakyat amat perlu agar seluruh pemimpin PP sedar dan tidak celupar serta lebih bertanggungjawab terhadap kedaulatan negara berteraskan Rukunegara. Inilah gambaran sebenar PP, mereka sanggup melakukan apa saja hanya untuk memenuhi impian peribadi mereka termasuk menggadai maruah negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment