Monday, 4 March 2013
Pembohongan Melampau MRK Keadilan
Merujuk kepada paparan artikel Laman Berita Rasmi PKR bertarikh 4 Mac 2013, bertajuk “Insiden Lahad Datu: Risikan Tentera Lemah, Diguna Untuk Politik”, MatMerapu diberitahu bahawa veteran Kor Risik rasa terpanggil bagi menyangkal dakwaan tidak berasas Majlis Perundingan Keselamatan (MRK) Keadilan terhadap Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Mereka dengan tegas dan sebulat suara menolak dakwaan berkenaan, kononnya BSPP dipergunakan oleh BN untuk tujuan politik sehingga mengabaikan tugas sebenar. Inilah satu lagi pembohongan melampau Pakatan Pembangkang (PP) bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat mengenai pembabitan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu.
BSPP tidak pernah dipergunakan oleh kerajaan pimpinan BN untuk tujuan politik kerana jentera pilihan raya BN terutama UMNO mempunyai keupayaan yang ampuh dan kredibel untuk mematahkan sebarang bentuk serangan (tidak terkecuali tohmahan dan fitnah) PP. Ini amat jelas kerana BSPP sebagai komponen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal apolitikal dan amat profesional dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawabnya dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dan fitnah PP yang ingin mendapatkan publisiti murahan. Ternyata PP ketandusan modal dan kecelaruan mereka makin ketara menjelang PRU 13!!
MatMerapu juga difahamkan bahawa veteran Kor Risik turut mencabar MRK Keadilan untuk tampil dengan bukti kukuh bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga rasa kecewa dan terkilan dengan kenyataan Pengerusi Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang mengecam pentabiran Perdana Menteri yang didakwa sengaja memanjangkan krisis di Lahad Datu. Soal ‘mati’ bukanlah satu mainan politik dan dipersendakan atau konspirasi politik. Pengerusi Pahlawan cuba ‘menangguk di air yang keruh’ kerana diperalat dan diper”kuda”kan oleh PP. Walau apapun, Pengerusi Pahlawan sengaja ingin mengambil kesempatan untuk memenuhi kepentingan peribadi, langsung tidak mempedulikan sensitiviti pihak lain.
Sebagai NGO bekas tentera, beliau seharusnya membantu ATM dan kerajaan dalam menangani “musuh negara” (Tentera Kesultanan Sulu) yang mengancam kedaulatan negara. Veteran Kor Risik dengan tegas menuntut penjelasan daripada Pengerusi Pahlawan berhubung dengan pembabitan Anwar – Dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu. Justeru, kepada bekas tentera pro pembangkang.......Insaf dan muhasabahlah diri agar tidak menjadi “Pengkhianat” dan “Petualang” kepada agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya, pintu taubat masih terbuka selagi mentari belum terbit di ufuk Barat dan imbaslah kembali Ikrar Kesatria yang pernah dilafazkan!!
MatMerapu bagi pihak ATM dan kerajaan ingin menyeru kepada semua NGO bekas tentera dan rakyat untuk sama-sama merapatkan saf dalam mendukung aspirasi kerajaan pimpinan BN. PP perlu diberi pengajaran pahit dan “dihukum” dengan menterjemahkan undi kita kepada BN sempena PRU Ke 13 kelak. PP akan berbuat apa saja demi kepentingan politik mereka berteraskan nafsu serakah peribadi individu tertentu. Dakwaan, tohmahan dan fitnah sememangnya telah menjadi budaya perjuangan mereka!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment