Wednesday 6 March 2013

Penghargaan Buat ATM dan PDRM

MatMerapu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan terutama ATM dan PDRM yang telah berjaya membanteraskan kumpulan penceroboh - Tentera Kesultanan Sulu (TKS)sempena OP SULU/DAULAT. Kejayaan ini membuktikan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang tinggi dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang dimensi ancaman musuh serta patut diberi pujian oleh seluruh rakyat 1Malaysia yang cintakan keamanan. MatMerapu juga kagum dengan tahap kerjasama yang dipamerkan antara ATM dan PDRM serta agensi keselamatan yang lain dalam menjayakan misi negara.Pendekatan Blue Ocean Strategy turut memperlihatkan impak cemerlang di sepanjang OP SULU/DAULAT dilaksanakan. Selain itu, MatMerapu juga terharu dan kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh rakyat Sabah (termasuk suku kaum Suluk) kepada pasukan keselamatan hingga terlakar sejarah kejayaan. Semangat patriotik rakyat sebegini hendaklah kekal demi mempertahankan bumi tercinta daripada dinodai oleh sebarang elemen luaran atau domestik. Syabas.....!!!MatMerapu menyeru agar semua rakyat beragama Islam sedekahkan 'Al-Fatihah' manakala bukan Islam turut bertafakur kepada wira negara yang telah terkorban, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amiiiinnn!!!!

No comments:

Post a Comment