Monday, 4 March 2013
Pembohongan Bloggers Pembangkang!!!
Ekoran daripada insiden pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, bloggers pembangkang memberi fokus untuk menyerang ATM terutama perisikan tentera. Inilah kerja rutin bloggers pembangkang......melemparkan pelbagai dakwaan, tohmahan dan fitnah terhadap agensi kerajaan. Usaha mereka ini didorong kuat oleh "habuan" yang diperoleh daripada individu tertentu pihak pembangkang yang tamakkan kuasa. Bloggers pembangkang hanya diperalat dan diperkudakan oleh Pakatan Pembangkang (PP) bagi memenuhi matlamat mereka sahaja. MatMerapu yakin bahawa mereka (bloggers) akan dilupakan, dipinggirkan dan disekat "habuan" mereka setelah PP mencapai matlamatnya. Entahlah apa matlamatnya.....menawan Putrajaya!! hahaha.....ibarat menanti kucing bertanduk!!!
Bloggers pembangkang kini sibuk menyerang ATM terutama perisikan tentera, kononnya perisikan tentera diperguna oleh BN untuk tujuan politik hingga mengabaikan tugas sebenar......satu pembohongan!!! Bloggers ini cuba mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan menanam persepsi negatif terhadap kerajaan pimpinan BN. Apa yang MatMerapu faham, ATM termasuk perisikan tentera kekal sebagai organisasi yang profesional dan apolitikal. ATM lebih mengutamakan aspek keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang dimensi ancaman yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara dan kesejahteraan rakyat. Berasaskan kepada faktor ini, MatMerapu yakin bahawa ATM dan perisikan tentera TIDAK PERNAH digunakan untuk sebarang tujuan kepentingan politik mana-mana pihak. ATM dan semua komponennya terus berusaha meningkatkan tahap kesiapsiagaannya berteraskan Pelan Strategik (4DMAF) sejajar sebagai "Perisai Pertahanan Negara".
Sebenarnya PP terlalu bimbang dan risau dengan warga tentera dan warga bekas tentera kerana mereka ini tidak mudah terpengaruh dengan dakyah PP.....apatah lagi kalau ianya bersifat tohmahan dan fitnah!! Setelah sekian lama.....adakah PP pernah membela nasib warga tentera dan warga bekas tentera, jawapan yang pasti....TIDAK PERNAH. Mana mungkin PP boleh membela nasib warga tentera dan warga bekas tentera serta keluarga mereka......nasib ahli dan pengikut mereka sendiri tidak terbela. Yang ketara......ahli dan pengikut PP hanya diperalat untuk kepentingan politik individu yang didorongi oleh nafsu serakah....tamak kuasa!!!
MatMerapu ingin menyarankan kepada semua bloggers pembangkang agar TIDAK menyentuh sensitiviti ATM dan warganya serta bekas tentera kerana di mana jua mereka berada....Ikrar Kesatria kekal menjadi amalan mereka. Hentikan segera segala bentuk dakwaan, tohmahan atau fitnah terhadap ATM termasuk perisikan tentera demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyat termasuk anda.....bloggers pembangkang!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment