Sunday 24 March 2013

PRU 13: Bekas Jeneral Calon Parlimen

MatMerapu telah dihubungi oleh sumber dalaman PKR dan beliau memaklumkan bahawa Jeneral Md Hashim (B) bakal dicalonkan sebagai calon PKR bertanding di kerusi parlimen P.160 Johor Bahru sempena PRU 13 nanti. Pada PRU 12, kerusi parlimen ini ditandingi oleh calon BN - Datuk Sharil@Shahril Ab Samad manakala calon PRM - Hassan Abdul Karim. Kerusi P.160 Johor Bahru ini dimenangi oleh calon BN dengan majoriti besar 25,349 undi. Nampaknya Ketua Cabang PKR, PAS dan DAP kalau selama ini bermimpi untuk menjadi calon.......melepas lah peluang kerana PKR dah ada calon "payung terjun" hehehe. Hasil tinjauan rambang MatMerapu dan berteraskan pengamatan trend pengundi pemilih berdaftar kerusi parlimen Johor Bahru, pembangkang tiada peluang langsung untuk menang. Jika Jeneral Md Hashim (B) yang bertanding maka peluang BN bertambah-tambah mudah dan cerah. Pembangkang pula akan kerugian satu kerusi Parlimen lagi.....sebelum bertanding pun, realiti keputusannya sudah terasa!!! Inilah janji kepada bekas Jeneral, kerusi yang diberi umpama "kerusi maut" buat pembangkang! Mana mungkin pembangkang akan memperuntukkan "kerusi selamat" kepada bekas Jeneral kerana mereka tidak layak untuk menang ekoran pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemungkaran. MatMerapu mengucapkan TAKZIAH kepada Jeneral Md Hashim (B) kerana pasti terkubur dalam PRU 13 di kerusi parlimen Johor Bahru!!!

No comments:

Post a Comment