Monday 11 March 2013

Penilaian Semula Kadar Pencen

Dalam mendengar denyut nadi pesara awam, MatMerapu terpanggil untuk menzahirkan keperluan hidup (monetary) pesara awam yang menerima kadar pencen kurang daripada RM700.00 sebulan. MatMerapu tidak mempunyai akses kepada statistik sebenar.....berapa ramaikah di kalangan pesara awam yang masih menerima kadar pencen di bawah garis kemiskinan!!! Apapun MatMerapu berharap agar pihak berwajib melaksanakan penilaian dann kajian menyeluruh bagi membela nasib penjawat awam yang masih menerima kadar pencen kurang daripada RM700.00 sejajar dengan tema kerajaan pimpinan BN, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". MatMerapu yakin bahawa kerajaan pimpinan BN saja yang boleh mengeluarkan pesara awam daripada kepompong kemiskinan yang kian menghimpit golongan pesara awam ini. Namun MatMerapu kagum dan terharu dengan golongan ini kerana mereka kekal menyokong kerajaan BN walaupun dihimpit oleh kemiskinan....!!! Sekadar untuk renungan kerajaan BN agar denyut nadi pesara awam turut terbela.

No comments:

Post a Comment