Monday, 18 March 2013
Martabat Perisikan Tentera
Kenyataan ini diperolehi oleh MatMerapu melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). "Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN. Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa.
Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi. Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran. Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak".MatMerapu amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekarang ni baru saya percaya perisikan tentera amat penting....bekas2 jeneral tersebut hanya meraih simpati.....dan jugak manusia yg xkenal budi...menjadi persoalan kenape semasa dlm perkhidmatan mereka tidak bersuara....masa berkhidmat hanya pndai mengarah anggota bawahan jer dan yes dato....yes sir jer mana......
ReplyDelete