Monday, 4 March 2013
Bekas Jeneral Pro Pembangkang: Sebuah Senyum Kambing
Gelagat bekas Jeneral pro pembangkang semakin ketara kelemahan dan pembohongan mereka. Warga tentera dan warga bekas tentera yang tidak terpengaruh dengan mereka tersenyum kambing melihat betapa rakusnya bekas Jeneral berkaitan bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP) sehingga sanggup 'meludah ke langgit, jatuh ke muka sendiri' jua!!! Ramai bekas Jeneral yang lain.....tidak setuju dengan pendirian dan tindakan bekas Jeneral pro pembangkang. MatMerapu juga tersenyum kambing melihat telatah bekas Jeneral 'kuda pembangkang' ini yang semakin gah berada di pentas pembangkang untuk melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap Kementerian Pertahanan dan ATM hanya kerana kepentingan peribadi dan bercita-cita untuk menjadi calon PP menjelang PRU 13 kelak. Di mana jua mereka bertanding, MatMerapu yakin mereka akan kalah dan kemungkinan besar hilang wang pertaruhan kecuali jika Anwar benarkan salah seorang daripada mereka bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh......hehehehe!! Jika ini terjadi (walaupun agak mustahil), beranikah Anwar keluar dari sarang dan bertanding di kawasan lain??? Yang pasti, mereka hanya menjadi alat dan dan 'kuda kepang' (seekor kuda yang memiliki telur di atas belakang.......hahaha!!!) PP bagi memenuhi impian individu tertentu yang tidak bermoral. Kuda kepang (bekas Jeneral pro pembangkang) ini akan mengikut secara membuta tuli tanpa usul periksa akan karektor penunggangnya. Mereka tidak berupaya untuk melawan 'Taukeh' kerana telah mendapat 'habuan'. Hakikatnya, bekas Jeneral pro pembangkang ini.......kecewa dalam perkhidmatan dan tidak membela nasib warga tentera dan warga bekas tentera semasa berkhidmat dulu. Kini mula melaung-laung kononnya nak bela nasib warga dan bekas tentera. Mana mungkin.......mereka boleh berbuat demikian!!! Jika PP TIDAK MAHU HILANG 4 KERUSI PARLIMEN......Janganlah terlintas langsung untuk calonkan bekas Jeneral tersebut. Sebuah senyum kambing dihadiahkan untuk 4 bekas Jeneral berkaitan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment