Sunday 24 March 2013

PRU 13: Pembangkang Hilang Kuasa Di Kedah

PRU 13 nanti akan membawa padah kepada Pakatan Pembangkang (PP) bukan sahaja di Selangor malah PP akan turut hilang kuasa di Kedah. BN diperhatikan dengan mudah dapat menawan kembali negeri jelapang padi ini dengan majoriti melebihi 2/3, sekitar 29 kerusi DUN (BN mengekalkan kemenangan 14 kerusi DUN pada PRU 12 dan berjaya merampas kembali tambahan 15 kerusi) daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi DUN. Ini bermakna PP akan mampu bertahan di 7 kerusi DUN sahaja meliputi N.4 Ayer Hitam, N.10 Bukit Pinang, N.15 Anak Bukit, N.18 Tokai, N.25 Bukit Selambau, N.31 Kupang dan N.33 Merbau Pulas. Kekalahan PP di Kedah bukanlah satu kejutan kerana sememangnya telah diduga di kalangan ramai pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Negeri Kedah di bawah pentadbiran dan pemerintahan PAS sejak PRU 12, banyak menimbulkan kekusutan, kecelaruan,dibebani masalah dalaman parti (PAS)dan kerakusan men"dogol"kan tanah akibat pembalakan berleluasa. Rakyat Kedah akan kembali terbela pasca PRU 13 nanti di bawah pemerintahan Kerajaan BN, insya'Allah. Sesungguhnya tiada alternatif lain kepada rakyat melainkan BN jua untuk kemakmuran negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment