Monday 11 March 2013

Tian Chua Pengkhianat Negara

Kenyataan Tian Chua yang mendakwa bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara, lakonan dan konspirasi politik BN adalah terlalu biadab, tidak masuk akal, tuduhan melulu, berpolitik cetek dan boleh disifatkan sebagai Pengkhianat dan Petualang negara. Insiden di Lahad Datu ini tidak boleh dipolitikkan oleh sesiapa jua atau dijadikan bahan gurauan kerana ianya berkaitan dengan soal "mati" dan "hidup" wira negara dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. MatMerapu turut menyokong pelbagai pihak yang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Tian Chua terhadap BN mengenai insiden pengganas di Lahad Datu. Inilah nilai pemimpin Pakatan Pembangkang yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan peribadi dan kerakusan untuk berkuasa. Dalam keadaan belum berkuasa lagi pun, dah mula tunjuk belang.....bayangkanlah apabila dah ada kuasa!!! Manusia sebegini patut dihukum oleh rakyat!!! MatMerapu berharap agar pemilih berdaftar akan memboikot beliau sempena PRU 13 kelak.....di mana jua beliau bertanding. Semoga pengalaman pahit beliau nanti akan memberi pengajaran kepada pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain supaya tidak bersifat "kurang ajar" dalam aspek keamanan dan keselamatan negara!!! Buktikanlah hukuman anda terhadap Tian Chua......satu undi kepadanya ibarat satu undi untuk pengkhianat dan petualang negara!!! Katakan......TIDAK!!!

No comments:

Post a Comment