Monday, 4 March 2013

Insiden Lahad Datu - Rakyat 'Mata dan Telinga' Pasukan Keselamatan

Situasi insiden pencerobohan di Lahad Datu kini telah mengorbankan 8 anggota pasukan keselamatan. Pengorbanan mereka sebagai 'Wira Bangsa' sentiasa dihargai dan dikenang oleh rakyat Malaysia. Apapun, rakyat Sabah tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan masih terkawal dan terjamin malah diseru untuk tidak terpengaruh dengan sebarang unsur 'khabar angin'. Sebaliknya, rakyat Sabah terutama warganegara Malaysia di kawasan persekitaran Lahad Datu, Kunak dan Semporna disarankan untuk bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' pasukan keselamatan. Mereka (rakyat Sabah) hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyalurkan maklumat benar kepada pasukan keselamatan bagi membolehkan tindakan bersesuaian diambil bagi menghapuskan kumpulan penceroboh (Tentera Kesultanan Sulu) yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Janganlah sekali-kali bersimpati dengan kumpulan penceroboh berkaitan. Menghapuskan "musuh negara" adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia. Penyaluran maklumat benar mengenai sebarang aktiviti kumpulan penceroboh kepada pasukan keselamatan akan memberi nilai tambah kepada kejayaan pasukan keselamatan. MatMerapu difahamkan bahawa kumpulan penceroboh lebih mengutamakan maruah daripada nyawa mereka malah mereka tidak akan berundur atau meninggalkan Sabah. Justeru, rakyat Sabah sekali lagi diseru....., Bertindaklah dengan sebaik mungkin dengan menjadi "mata dan telinga" bagi menyokong usaha pasukan keselamatan dalam membanteras "musuh negara" (Tentera Kesultanan Sulu).

No comments:

Post a Comment