Tuesday, 12 March 2013

Salam Terbuka Kepada Bekas Tentera Pro Pembangkang

Salam terbuka 1Malaysia semoga semua peringkat warga bekas tentera menghentikan segera segala tohmahan dan fitnah terhadap KEMENTAH dan ATM. Semoga bekas tentera tidak diper"kuda"kan oleh Pakatan Pembangkang (PP) atau mana-mana pihak yang anti-establishment. Janganlah menjadi 'kacang lupakan kulit' atau 'menggigit tangan yang menyuap'. Sesungguhnya, sedarilah bahawa anda hanya diperalatkan oleh individu dan PP bagi memenuhi impian mereka untuk berkuasa. Kembalilah ke pangkal jalan dengan memberi sokongan padu kepada KEMENTAH dan ATM serta kerajaan. Ketepikanlah kepentingan peribadi demi keamanan negara dan keharmonian rakyat. Dokongilah aspirasi ATM dan kerajaan. Janganlah mudah tertipu dengan individu dan PP serta terpengaruh dengan "janji manis" PP. Jauhilah diri daripada bersekongkol dengan PP hingga merelakan diri untuk 'meludah ke langit' dan jangan sekali-kali menggadai maruah hanya kerana "habuan" yang diperoleh. Berpegang teguhlah kepada Ikrar Kesatria yang dilafazkan. Ingatlah.....hanya BN mampu membela nasib bekas tentera melalui pelbagai inisiatif Pelan Transformadi Kerajaan. Jika terus berdegil.....MatMerapu mencabar anda untuk bertindak dengan putuskanlah sebarang ikatan anda dengan kerajaan sebagai stakeholder anda......sukarela menolak penerimaan pencen bulanan, enggan menerima imbuhan RM1,000.00, bantuan JHEV atau PERHEBAT dsb. Jika ini berlaku.....anda BEBAS untuk bersekongkol dengan PP. Ada aku kesaaahhh......!!!???

No comments:

Post a Comment