Monday, 4 March 2013
Lahad Datu: Secebis Doa Buat Perwira Negara
"Ya Allah yang maha berkuasa ke atas segalanya, kami pohon agar Ya Allah.....Engkau berilah perlindunganMu kepada anggota pasukan keselamatan yang kini bertugas di Sabah daripada sebarang malapetaka dalam mencapai misi mereka untuk menghapuskan musuh negara. Ya Allah....!! Engkau kuatkanlah semangat mereka (pasukan keselamatan) dalam melaksanakan tugasan mereka. Kau permudahkanlah operasi mereka dalam menangani sebarang bentuk ancaman daripada kumpulan penceroboh (Tentera Kesultanan Sulu) dan Engkau bukakanlah pintu hati kumpulan penceroboh agar mereka meninggalkan wilayah Malaysia bagi mengelak pertumpahan darah berlarutan. Ya Allah....Engkau pekakkanlah telinga dan butakanlah penglihatan mereka (kumpulan Penceroboh)serta patahkanlah semangat juang mereka. Sesungguhnya Ya Allah, kepada Mu jua lah kami bermohon kerana Engkaulah penentu kepada segalanya yang bakal berlaku di Sabah". Amin yarabbil alamin!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment