Thursday, 7 March 2013
Sabah Special Security Area
Sempena sidang media PM pada 7hb Mac 2013 (lebih kurang jam 4.15pm), PM telah mengumumkan mengenai Sabah Special Security Area meliputi kawasan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau manakala Markas Special Area Security Command (SASCOM) akan ditempatkan di Lahad Datu. Kekuatan pasukan keselamatan di Sabah yang sedia ada akan dikekalkan namun ianya akan diperkuatkan dengan tambahan 5 batalion lagi - kombinasi ATM dan PDRM. Pengumuman PM amat bertepatan sekali dengan keperluan keselamatan dan ancaman semasa di Sabah (Timur). Syabas!!! MatMerapu rakamkan kepada PM yang amat tajam dalam penilaian strategiknya dengan mengutamakan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat Sabah. Dalam situasi ini, MatMerapu secara peribadi ingin mengesyorkan bahawa penubuhan SASCOM mengambilkira pendekatan sepertimana kewujudan RASCOM dulu - kombinasi elemen tentera, polis dan awam bagi mencapai apa jua objektif negara secara berkesan, menyeluruh dan bersepadu......!!!! Jawatan CEO SASCOM pula boleh dilaksanakan secara bergilir dan merupakan jawatan terbuka. Kewibawaan kerajaan pimpinan BN kini semakin terbukti dan terserlah lagi berbanding kecelaruan Pakatan Pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment