Monday, 11 March 2013
Bekas Jeneral Tidak Bersyukur........!!!
MatMerapu sebagai orang awam merasa hairan dan pelik dengan tindakan 5 bekas Jeneral angkatan tentera(Jen Md Hashim, Lt Jen Ghaffir, Laksma Imran, Brig Jen Najmie termasuk yang tidak dibenarkan penggunaan pangkat Brig Jen - Abdul Hadi Khatab) yang kini bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP). Jika penyertaan mereka dalam PP berasaskan kepada perkiraan politik bahawa PP akan menawan Putrajaya pasca PRU 13, ternyata mereka perlu membuat reappraisal of their estimate, PP tidak berupaya berbuat demikian sekaligus perkiraan 5 bekas Jeneral meleset....!!! Mungkin estimate mereka lebih didorong oleh emosi dan nafsu yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya sehingga rumusan keputusan estimate mereka juga jauh tersasar. MatMerapu dan majoriti pemilih berdaftar yakin sepenuhnya bahawa BN kekal memerintah di peringkat Pusat malah situasi dan sentimen pengundi di Kedah, PPinang, Selangor dan Kelantan juga akan berubah dan turut bertukar tangan dengan berpihak kepada BN - pasca PRU 13 nanti, PP akan bercakaran sesama sendiri.....berpecah, terlerai dan terkuburlah mereka yang "gila kuasa". MatMerapu menjangka bahawa pemimpin PP akan menolak keputusan rakyat kepada BN malah mereka dijangka meracau,berjiwa kacau, bercelaru dan penuh kekalutan. Mereka akan melemparkan tuduhan melulu dan tidak berasas tidak berkecuali fitnah terhadap kerajaan terutama SPR dan BN. Hasil temubual MatMerapu dengan lapisan warga ATM, sesungguhnya mereka berasa amat kesal dengan tindakan 5 bekas Jeneral dan dilabelkan mereka (5 bekas Jeneral) sebagai insan yang tidak tahu mengenang budi, tidak tahu bersyukur dan tidak tahu mengenang budi kerajaan. Kumpulan 5 Jeneral ini......dulu semasa dalam perkhidmatan telah beroleh pelbagai pengiktirafan kerajaan, imbuhan dan inisiatif serta pelbagai keistimewaan lain yang dikecapi sejajar dengan kedudukan mereka ketika itu. Janganlah cuba menghancurkan ATM melalui fitnah terancang dan pembohongan melampau!!! Kembalilah ke pangkal jalan dengan mendokong aspirasi kerajaan pimpinan BN. Janganlah tergolong dalam kelompok anti-establishment. Hindarilah diri daripada meracuni minda warga tentera kerana sesungguhnya rata-rata warga ATM tidak terpengaruh dengan tindakan dan usaha anda. Janganlah "meludah ke langit" atau membuka pekung serta sanggup mempertaruhkan imej dan kredibiliti ATM demi kepentingan peribadi anda. Sebaliknya, imbaslah kembali jasa dan pengiktirafan kerajaan kepada anda sewaktu dalam perkhidmatan dulu. Jauhilah diri juga daripada menjadi kuda dan alat PP kerana PP bijak memerangkap anda untuk berbuat perkara kotor dan keji demi memenuhi impian seorang individu yang "gila dan tamak kuasa". MatMerapu berharap agar semangat kental warga ATM terus terpelihara daripada "racun minda" yang dibawa oleh 5 bekas Jeneral berkaitan tidak terkecuali oleh bloggers bekas tentera yang pro-pembangkang!!! Janganlah ada di antara warga ATM yang sanggup ditipu, diperbodoh dan diper"kuda"kan oleh 5 bekas Jeneral tersebut......!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment