Monday, 25 March 2013

Menilai Janji Anwar Di Selangor......???

Menariknya tentang PKR, mereka bebas bersuara dan saling mengingatkan sekiranya ada pemimpin yang lupa dengan apa yang pernah dikatakan atau dijanjikan. Dalam mesyuarat strategik pilihan raya negeri Selangor, berlakulah satu mesyuarat yang jujur dan telus. Semuanya diluahkan tanpa ada sebarang sekatan. Boleh kutuk dan kaitkan siapa sahaja. Secara kebetulan, seorang Doktor (orang luar) turut dijemput dalam mesyuarat berkaitan, memberikan pandangan yang bebas mengenai masalah dalam PKR. Doktor ini mengingatkan bagaimana PKR sebenarnya sudah banyak meninggalkan janji pilihan raya tahun 2008. Doktor itu turut mengingatkan bagaimana faktor ini akan memberikan impak kepada kerusi-kerusi yang melibatkan kawasan sederhana dan kumpulan profesional. Sebagai contoh, Bangi akan terkena tempias. Doktor itu menerangkan bagaimana beberapa perkara pokok masih gagal dilaksanakan oleh Pakatan Pembangkang di Selangor:- Pertama: Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan. Kedua: Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan Ketiga: Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan Keempat: Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Kelima: Elaun khas ibu tunggal Keenam: Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin Ketujuh: Bantuan geran untuk perniagaan Kelapan: Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Kesembilan: Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi, Semua yang hadir dalam mesyuarat berkaitan tertunduk malu. Hanya Azmin sahaja yang menjawab. "Semua yang belum dilaksanakan akan dibawa ke dalam Manifesto baru". Doktor itu tidak berpuas hati dengan menegaskan bahawa Manifesto yang tidak ditunaikan adalah satu penipuan kepada rakyat. Akhirnya, mesyuarat ditangguh begitu sahaja. Kepimpinan PKR Selangor tidak sanggup lagi menerima feedback jujur pengundi. Kerajaan Selangor pimpinan Anwar (selaku Penasihat) perlu kembali berfikir dan melaksanakan segala janji yang tidak tertunai. Ada juga dalam PKR yang segan silu bila isu-isu ini dibangkitkan oleh kumpulan neutral. Ramai yang kecewa dengan prestasi Pakatan Pembangkang setakat ini. Sanggupkah Anwar berjanji lagi dengan rakyat......!!!??? Kita tunggu dan lihat sahaja rentak mereka. *Nota: Doktor tersebut sudah dibanned oleh Azmin malah tidak akan dijemput lagi ke sebarang mesyuarat pembangkang.

No comments:

Post a Comment