Monday, 11 March 2013

Bisnes: Usahawan Melayu Gagal Menembusi "Tembok" Monopoli

Apabila mengenang nasib usahawan Melayu, MatMerapu menjadi histeria dan berjiwa kacau terutama dalam mencari resolusi terbaik bagi meruntuhkan "tembok" monopoli bukan Melayu dalam beberapa bidang perniagaan. Ramai Melayu yang sedar bahawa bidang perniagaan seperti perabut, hardware, alat ganti & aksesori kenderaan, bahan binaan, woksyop kenderaan bermotor & servis tayar, supermarket dan hypermarket, barangan elektrik dsb. Lihat sajalah di sekeliling.....di mana jua anda berada di Malaysia ini!!! Berapa ramai usahawan Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan yang digariskan oleh MatMerapu. Apakah Melayu tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan ini??? Apakah punca bidang perniagaan tersebut tidak boleh ditembusi "tembok"nya oleh Melayu??? Di manakah suara NGO Melayu yang melaungkan "pembela kepentingan Melayu"??? Apakah orang Melayu akan terus membiarkan perniagaan dalam bidang tersebut terus "tiris" daripada Melayu??? Apakah pula usaha kerajaan dalam merobohkan "tembok monopoli" ini demi survival Melayu??? MatMerapu bukanlah rasis tetapi sekadar ingin melihat lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Jika anda seorang Melayu.....renung-renungkanlah!!!

No comments:

Post a Comment