Sunday 3 March 2013

Insiden Pencerobohan Di Lahad Datu

Terlebih dahulu izinkan MatMerapu (dengan rasa sebak dan sayu serta sedih) merakamkan sekalung Takziah kepada semua keluarga pewira negara yang telah terkorban dan gugur sebagai 'bunga bangsa' dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Secara peribadi MatMerapu ingin menganalisis dan mengimbas kembali insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Feb 2013. Pertama: Kawalan perairan negara perlu dipertingkatkan lagi bagi menghalang sebarang pencerobohan ke atas wilayah Malaysia yang berdaulat bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang. Kedua: Sistem pengutipan dan pengumpulan maklumat pihak berwajib juga menuntut penilaian semula bagi menzahirkan perolehan maklumat yang lebih tepat dan timely.Ketiga: Pendekatan Blue Ocean Strategy (kerjasama ATM/PDRM)seharusnya dipraktikkan sejak dari awal lagi dalam semua aspek perisikan (maklumat) dan pengoperasian bersama. Keempat: Kumpulan penceroboh difahamkan berpakaian seragam dan bersenjata, jelaslah bahawa mereka ini 'musuh negara' dan terzahirnya elemen ancaman keselamatan yang ketara; pendekatan rundingan sebagai tindakan awal agak tidak relevan dengan situasi dan identiti musuh. Kelima: Dalang sebenar perlu disiasat secara terperinci dan menyeluruh bagi mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan mengikut peruntukan perundangan negara yang digunapakai. Keenam: Kerajaan dan pihak keselamatan kini hanya mempunyai satu opsyen - mengesan dan memusnahkan saki baki kumpulan penceroboh yang mengancam keselamatan negara hingga ke 'lubang cacing'. Ketujuh: Post-mortem (setelah selesai operasi) perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan sebarang loop hole yang wujud (jika ada) bagi mengelak insiden pencerobohan wilayah Malaysia berulang. MatMerapu berdoa agar anggota pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan tugas dilindungi Allah SWT. Rakyat pula disaran untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan dan jauhi daripada mendengar dan terpengaruh dengan sebarang bentuk 'khabar angin'. Sesungguhnya, tahap keselamatan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna masih terjamin dan terkawal serta rakyat tidak perlu bimbang, insya'Allah!!

No comments:

Post a Comment