Wednesday 13 March 2013

Calon Payung Terjun Pembangkang

Maklumat diperolehi daripada 'orang kuat' PKR dan PAS telah mengesahkan bahawa 4 orang bekas Jeneral yang kini bertungkus lumus mengadakan sesi ceramah......rupa-rupanya telah dijanjikan oleh Anwar bahawa mereka akan dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen. Tindakan untuk menempatkan calon 'payung terjun' ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Ketua Cabang PKR dan PAS. Bertambah rumit dan celarulah senarai calon PKR dan PAS. Difahamkan 4 nama calon (2 daripada PKR dan 2 daripada PAS) yang telah disenaraikan sebelum ini telah dimansuhkan melalui kuasa veto bagi membolehkan 4 bekas Jeneral bertanding sempena PRU 13 kelak. Nampaknya strategi dan "jarum" 4 bekas Jeneral tersebut telah dapat mempengaruhi pucuk pimpinan kedua-dua parti berkenaan. MatMerapu mengucapkan Syabas kepada bekas Jeneral tersebut kerana telah berjaya mengenepikan bakal calon yang telah tersenarai sebelum ini. MatMerapu difahamkan oleh 'orang kuat' tersebut bahawa Datuk Ghafir akan bertanding di kawasan P.149 Sri Gading, Hj Imran di P.74 Lumut, Datuk Abd Hadi Khatab di P.77 Tanjong Malim manakala Datuk Najmie di P.13 Sik. Calon 'payung terjun' Pakatan Pembangkang (PP) dari kalangan bekas Jeneral ini telah memberi banyak kelebihan kepada BN manakala PP mengalami 4 kerusi defisit. Pengundi akar umbi PP di 4 kawasan Parlimen tersebut telah mula mempamerkan petunjuk kuat untuk "memboikot" dengan bakal mengambil tindakan untuk tidak keluar mengundi, ada yang akan menunjukkan undi protes dan tidak kurang yang akan beralih sokongan. Mana mungkin ahli dan pengikut PP dapat menerima 4 bekas Jeneral berkaitan kerana mereka tahu akan keburukan dan kemungkaran bekas Jeneral semasa dalam perkhidmatan ATM. Mereka juga tahu bahawa bekas Jeneral adalah golongan kecewa dan tidak amanah.......sebagai contoh, Ghafir terlibat sepenuhnya dalam perolehan aset Tentera Darat dan telah puas di'tumbuk rusuk' dengan pelbagai habuan lumayan oleh pembekal. Hj Imran pula terlibat dalam kes penyelewengan logistik TLDM, Abd Hadi yang terburuk kerana terlibat dalam penjualan enjin jet manakala Najmie terlibat dalam skandal - hubungan sulit dengan isteri Pegawai ATM. MatMerapu yakin bahawa 4 bekas Jeneral tersebut akan kalah kepada calon BN malah mereka juga akan kehilangan wang deposit PRU 13. Marilah sama-sama kita "talkin"kan 4 bekas Jeneral tersebut bagi menghukum mereka akibat dosa yang telah mereka lakukan semasa dalam perkhidmatan ATM. Satu undi kepada bekas Jeneral ibarat merestui tindakan terkutuk yang bertentangan dengan akidah Islam.

No comments:

Post a Comment