Thursday, 21 March 2013

Senandung Makanan Telinga

"Terkenang semasa dulu; masa Ghafir dalam Askar Melayu....uuu. Perangainya macam burung dan kacang hantuuu; bir dan wiski ditelan bertalu-talu. Kini dia masuk pembangkang; kononnya nak jadi calon yang boleh menang, dia tak tahu wang deposit akan melayang.....akhirnya beliau ditendang. Bila dah jadi macam ini; ke hulu ke hilir dari petang sampai pagiiiii, baru dia nak jaga anak bini; sebelum ini pandai menghina dan mencaci. Rakan pula dah jauhkan diri; takut mereka terkena 'badi', tak mau dicop tak tau mengenang budi; ikrar kesatria masih disemat di hati. Sesalan kemudian tak berguna; dulu ATM dan kerajaan dihina,dia ibarat mengigit tangan yang menyuapnya!! Inilah Ghafir yang pandai bersandiwara; mendapat imbuhan tak terkira, halal haram dah tak dinilainya. Bertaubatlah Ghafir sebelum mati; pohon ampunlah kepada Illahi, semoga Allah merestui dan memberkati!!! Hanya sekadar senandung irama buat santapan telinga.....hahaha!!!

No comments:

Post a Comment