Monday 4 February 2013

Lumut Naval Dockyard

Lumut Naval Dockyard (LND) berlokasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut. LND ini milik swasta sepenuhnya. Akses ke LND perlu melalui Balai Pengawal Utama dan jeti Pangkalan TLDM Lumut. Persoalannya, adakah semua pekerja awam di LND telah melalui proses Security Vetting? Adakah semua pekerja LND diberi kesedaran keselamatan secukupnya oleh pihak Pegawai Keselamatan TLDM Lumut? MatMerapu harap bahawa kedua-dua soalan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak berwajib sepenuhnya. Namun, yang agak pelik tetapi benar, difahamkan bahawa Pegawai Bertugas Pangkalan TLDM Lumut tidak mempunyai akses untuk membuat lawatan keselamatan di dalam premis LND. Kenapa dan mengapa ianya terjadi sebegini.....menuntut perhatian segera pihak berwajib TLDM dalam penilaian semula untuk membolehkan Pegawai Bertugas Pangkalan TLDM membuat lawatan rutin dan mengejut ke atas LND. Pokoknya, keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dan maklumat perlu diutamakan tanpa sebarang kompromi. Segala kemungkinan boleh berlaku terhadap keselamatan TLDM Lumut yang berpunca daripada LND seperti aktiviti pengintipan dan pengumpulan maklumat oleh pihak LND yang tidak bertanggungjawab. Tindakan segera yang perlu perhatian khusus pihak TLDM ialah: "Larangan Pekerja LND Membawa Telefon Bimbit (Handphone) Berkamera". Tindakan ini boleh menghindar sebarang imej terutama aset TLDM yang sedang dibaikpulih dirakamkan dan dimuat turun (upload) dalam laman sosial popular. Ini hanyalah pandangan MatMerapu dari sudut keselamatan agar kredibiliti TLDM tidak terjejas oleh elemen "pengkhianat". Pihak berwajib TLDM disarankan untuk menilai tahap keselamatan LND secara menyeluruh. Apapun..."OPSEC (Operational Security) is a command function".

No comments:

Post a Comment