Thursday, 21 February 2013
Strategi Menang PRU 13 Dari Kacamata MatMerapu
MatMerapu secara peribadi cuba mengupas.....Apakah strategi yang perlu dilaksanakan oleh BN untuk menang selesa sempena PRU 13 kelak:
Strategi 1: Memastikan semua ahli memberi undi kepada parti tanpa mengambilkira calon yang bertanding. Tiada langsung wujud elemen sabotaj seperti memberi undi kepada pihak lawan atau sengaja merosakkan kertas undi atau langsung tidak keluar mengundi.
Strategi 2: Jentera parti mendekati pemilih berdaftar di semua Daerah Mengundi (DM) dan "mengikat sokongan" mereka mulai sekatang hingga ke tarikh hari pembuangan undi.
Strategi 3: Menyelesaikan segala masalah domestik yang wujud di setiap DM sebelum tarikh pembuangan undi. Mendengar dan menjiwai denyut nadi pemilih berdaftar.
Strategi 4: Pemilih berdaftar terutama yang hidup di bawah paras kemiskinan mengharapkan sesuatu sempena PRU 13. Hulurkanlah "sumbangan ikhlas" atau apa jua inisiatif bagi memenuhi apa yang tersirat.
Strategi 5: AJK Cawangan dan Bahagian "berkampung" bersama pemilih berdaftar secara berkumpulan di setiap DM bagi menghalang usaha pembangkang mendekati mereka.
Strategi 6:Mempromosikan kepentingan kesinambungan kuasa memerintah BN dan discredit pembangkang berlandaskan kepada serangan isu yang dimanipulasi oleh pembangkang. Inisiatif sesi penerangan dikekalkan oleh setiap Cawangan dan Bahagian.
Strategi 7: Memastikan pemilih berdaftar yang tinggal di luar kawasan balik mengundi dan "resepsi" sewajarnya perlu diatur dengan sebaik mungkin.
Strategi 8:Pengankutan disediakan (termasuk kemudahan lain) untuk membawa pemilih berdaftar ke tempat mengundi dan ucapan "terima kasih" yang setimpal dipanjangkan bagi pihak parti kepada pengundi berkaitan.
Strategi 9: Pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat pula turun ke padang mendekati pengundi terutama di kawasan kategori Kelabu dan Hitam.
Strategi 10: Laksanakan operasi media yang timely dan accurate serta "tindakan lain" yang boleh memberi kemenangan kepada parti. Mesej perlu memberi impak tinggi. Isu pembangkang dipatah dan dineutralisasikan segera.
MatMerapu rasa cukuplah setakat ini sebagai langkah kemenangan selesa BN sempena PRU 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment