Wednesday, 6 February 2013

Akta 1972

Kini blog milik bekas tentera pro-pembangkang cuba mempertikaikan tindakan undang-undang yang diambil terhadap warga tentera yang melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera (Akta 1972).Usaha mereka dilihat sekadar mencari publisiti murahan seolah-olah mereka sajalah yang membela nasib dan masa depan warga termasuk bekas tentera. Apakah mereka tidak sedar atau sengaja pura-pura tak tahu bahawa setiap warga tentera bukan sahaja terikat dengan undang-undang negara malah kepada Akta 1972 juga sebaik sahaja seseorang itu mengangkat sumpah untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MatMerapu yakin bahawa ATM tidak pernah berkompromi terhadap warga tentera yang melanggar Akta 1972 demi menjaga imej dan kredibiliti ATM daripada dicemari oleh sebilangan warganya yang tidak bertanggungjawab. ATM juga diyakini telah membuat penilaian dan pertimbangan menyeluruh dengan bahan bukti secukupnya sebelum mendakwa warganya di bawah peruntukan Akta 1972. Jadi, kepada bekas tentera khususnya yang bersekongkol dengan pihak pembangkang, usahlah cuba mempertikaikan tindakan ATM terhadap warganya yang disabitkan dengan kesalahan termasuk kesalahan perkhidmatan. Pucuk pimpinan ATM tidak pernah menganiayai warganya malah ATM sentiasa memelihara kebajikan warganya termasuk bekas tentera sama ada berpencen atau tidak. Kebajikan ATM turut mejangkau hingga kepada keluarga warga dan bekas tentera. ATM sebagai organisasi profesional dan apolitikal, kekal menjaga kebajikan warga dan bekas tentera tanpa 'mengambil pusing' aspek sokongan mereka di Hari Pembuangan Undi. Government of the Day pula amat prihatin terhadap warga dan bekas tentera. Ini terbukti melalui pelbagai inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan (yang dinikmati oleh warga dan bekas tentera) bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara. Wahai bekas tentera pro pembangkang.....Apakah sumbangan anda terhadap kebajikan warga dan bekas tentera serta keluarga? Janganlah sekadar "menyalak" tanpa sebarang tindakan positif. Ketahuilah bahawa kebajikan anda (bekas tentera pro pembangkang) kekal dijaga oleh ATM dan kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi keperluan naluri anda. Janganlah sekali-kali menjadi 'Kacang Lupakan Kulit' dan 'Menggigit Tangan Yang Menyuap'. Janganlah terus diperbodohkan oleh pihak berkepentingan dan diperalatkan oleh mereka demi kepentingan politik individu dan pihak tertentu. Muhasabahlah diri dan teruslah berkhidmat untuk negara walaupun anda seorang bekas tentera!!!!

No comments:

Post a Comment