Wednesday, 27 February 2013

Kerajaan BN Membela Nasib Warga dan Bekas Tentera

Dewasa ini blog milik bekas tentera terutama kecondongan sokongan mereka yang berpihak kepada pembangkang tidak terkecuali bekas Jeneral Angkatan Tentera bersuara lantang, kononnya kerajaan pimpinan BN mengabaikan kebajikan warga dan bekas tentera. Mereka melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah bukan sahaja terhadap kerajaan BN malah pucuk pimpinan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dipersalahkan. Sebenarnya, tindakan mereka lebih didorongi oleh elemen kepentingan peribadi dan bersifat opportunist dengan mengambilkira bahang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang semakin terasa. Jika ditinjau, dikupas dan dinilai, ramai yang mengakui bahawa segala dakwaan bloggers dan bekas Jeneral tersebut adalah tidak benar dan berasas. Hasil pengamatan mempamerkan bahawa rata-rata warga dan bekas tentera termasuk keluarga memberi respon yang amat positif terhadap keprihatinan dan usaha kerajaan dalam membela nasib mereka. Pelan Transformasi Kerajaan melalui pelbagai inisiatif telah banyak memberi manfaat kepada warga dan bekas tentera. Sumbangan kerajaan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada bekas tentera tidak berpencen adalah contoh terbaik. ATM pula melalui Pelan Strategiknya (4DMAF) turut menyediakan pelbagai keistimewaan serta kemudahan lain bagi meningkatkan kualiti hidup warganya seperti pembangunan kerjaya dinamik, rumah keluarga, perolehan aset pertahanan yang setanding dengan negara jiran dan sebagainya. Pihak pembangkang kini berusaha lebih aktif untuk menawan Putrajaya dilihat semakin rancak menggunakan ‘landasan bekas tentera’ untuk cuba mempengaruhi warga dan bekas tentera. Pakatan Pembangkang (PP) kini memperalatkan bekas Jeneral pula untuk cuba meracuni minda warga dan bekas tentera supaya mengamalkan pendirian 'anti-establishment'. Persoalannya, warga dan bekas tentera tidak rapuh semangat mereka untuk mudah terpengaruh dengan propaganda PP. Dengan ini, warga dan bekas tentera hendaklah 'menghukum' PP dengan menterjahmahkan sokongan dengan memberi undi kepada BN. PP dan bekas Jeneral pro pembangkang TIDAK MAMPU untuk membela nasib warga dan bekas tentera. Kesinambungan kuasa BN teramat penting bukan sahaja kepada warga dan bekas tentera malah kepada negara dan rakyat. Setakat ini dan mendatang......Tiada alternatif kepada BN, Undilah BN......satu pilihan yang bijak!!!!!

No comments:

Post a Comment