Monday 10 March 2014

Anwar Ajak Najib Berperang......!!!???

Anwar Ibrahim mengisytiharkan “perang dasar” kepada pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa serta mendakwa badan kehakiman diperalatkan."Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan! Kerana apa? (Kerana mereka) biadab!” katanya dalam ceramah pada sebuah karnival keusahawanan di Kajang. Anwar juga mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah."Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta,” dakwanya. Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong Pakatan yang kemudiannya melaungkan perkataan “lawan”. Anwar sebelum ini mengajak BN berdialog demi mencapai konsensus nasional antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama yang makin meningkat. Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.

No comments:

Post a Comment