Sunday, 23 March 2014
#PRK Kajang: SPR Kaji Punca Jumlah Keluar Mengundi Merosot......!!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat kajian bagi mencari punca kemerosotan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kajian itu akan dibuat kerana hanya 72 peratus atau 28,314 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka berbanding jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu sebanyak 39,278 orang."Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88 peratus pada PRU13 dan perkembangan itu agak mengejutkan kerana SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah 80 peratus memandangkan cuaca yang baik selain hari pengundian berlangsung pada hari cuti" katanya. Matmerapu menjangka bahawa 16 peratus pengundi yang tidak keluar mengundi adalah daripada golongan pengundi Atas Pagar yang tidak boleh menerima sebab PRK Kajang diadakan akibat perletakkan jawatan secara sengaja oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment