Monday, 24 March 2014
#PRK Balingian: PKR Tidak Yakin Menang.......!!!
PKR seakan-akan mahu mengangkat bendera putih selepas menyedari peluang untuk merampas kerusi DUN Balingian daripada BN dalam PRK Balingian terlalu tipis. Ini berikutan pengaruh bekas ADUN Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Balingian, terlalu kuat membuatkan parti pakatan pembangkang itu tidak yakin mampu membuat kejutan. Justeru itu, pembangkang mula mengalih tumpuan ke arah mengurangkan majoriti sebagaimana yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011. Pengerusi PKR negeri Baru Bian berkata, beliau mengakui calonnya berdepan kesukaran untuk menang pada PRK kali ini. Beliau berkata, sekiranya PKR berjaya mengurangkan majoriti, ia disifatkan sebagai ‘kemenangan’ dan ia akan menjadi persiapan pada pilihan raya akan datang.“Dalam politik sesuatu boleh berubah dan dengan tempoh kempen masih panjang, kami akan cuba bekerja keras untuk menambat hati pengundi".“Melalui kempen dijalankan, kami mendapat respon baik daripada penduduk di kawasan ini,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PKR DUN Balingian. Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan PKR mempertaruhkan Setiausaha Cabang Bintulu, Abdul Jalil Bujang, berdepan calon BN Yussibnosh Balo. Pada PRN lalu, PKR mempertaruhkan Suriati Abdullah di DUN ini, namun sekadar meraih 871 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment