Monday, 10 March 2014
#PRK Kajang: Dua Calon Ibarat Langit Dengan Bumi.....!!!
Tabik hormat kepada calon PKR pada PRK DUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana begitu "berani" (ataupun beliau sebenarnya tiada pilihan lain) untuk mengganti suaminya sendiri,Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat. Bagaimana agaknya Kak Wan berkempen untuk meraih simpati rakyat di Kajang nanti ye? Apa agaknya isu utama yang akan beliau gunapakai nanti ye? "Suami saya (Nuar) dididapati salah oleh mahkamah hanya kerana untuk menghalang beliau menjadi calon PRK Kajang .. beliau adalah "Anugerah Tuhan" dan tidak mungkin beliau membuat perbuatan terkutuk itu." Mungkin beginilah skrip yang akan digunapakai Kak Wan nanti sewaktu berkempen sambil diiringi oleh titisan airmatanya dengan harapan meleburkan hati masyarakat Kajang untuk mengundi Pakatan Rakyat. Perlu diingatkan, wanita yang (akan) menangis tersebut adalah wanita yang sama yang gagal menunjukkan jam omega untuk membukti suaminya,Anwar tidak terlibat dalam skandal video China Doll beberapa tahun lalu. Bagaimana Kak Wan nak mempertahankan rakyat Kajang walhal suami sendiri pun beliau tak ingin nak bela? Adoi Kak Wan, kalau Kak Wan ikhlas, tunjukkanlah bukti tersebut. Lain pulanya dengan karekter calon BN iaitu Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang tiada kontrovesi malah beliau diketahui umum mempunyai intergriti yang tinggi. Beliau telah rela melepaskan segala jawatan dalam MCA apabila skandal video sex mantan Presiden MCA tersebar beberapa tahun yang lalu. PRK Kajang yang diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu akan melihat pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah dan Chew Mei Fun. Tepuk dada, tanya selera kerana hanya pengundi-pengundi Kajang saja yang akan dapat menentukan siapa yang akan mewakili mereka, seorang wanita berintegriti atau seorang wanita yang hanya pandai menangis bersuamikan seorang Peliwat dan rendah moral.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment