Wednesday 19 March 2014

#Terbongkar: Kenalilah Karakter Presiden Kelab Veteran Tentera Tak Berpencen (KVTTB).......!!!

Presiden KVTTB adalah Mohd Sabri Abd Malik seorang bekas tentera yang telah absent daripada kawasan operasi semasa berkhidmat dengan pasukan 21 Rejimen Gerak Khas (RGK-Komando). Beliau memasuki tentera pada tahun 1978 dan sepatutnya berpencen pada tahun 1999 selepas 21 tahun perkhidmatan namun beliau telah diberhentikan daripada perkhidmatan ATM kerana tindakan beliau menghilangkan diri dari kawasan operasi. Beliau telah dikopek pangkat Sarjan dan dilucutkan beret hijau. Disiplin Mohd Sabri amat buruk dan bukan sahaja menjejaskan nama baik pasukan Komando malah menjadi liabiliti kepada ATM. Beliau juga bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi pada 25 April 2012 di Putrajaya dengan memperbodohkan sebilangan ahli KVTTB untuk turut serta dalam demonstrasi berkaitan. Melalui demonstrasi tersebut, beliau telah ditemui oleh Setpol Perdana Menteri dan mendapat habuan sebanyak RM1 juta untuk menganjurkan Roadshow tetapi sebaliknya berlaku, beliau dengan tamak telah menyeleweng dana RM1 juta tersebut untuk kepentingan diri terutama untuk melangsaikan hutang dan berfoya-foya. Menurut rakan seperjuangan Mohd Sabri, Presiden KVTTB ini sememangnya kaki perempuan bak kata pepatah Melayu, 'Bujur Lalu Melintang Patah' dan kaki botol malah pernah diberi gelaran oleh rakan-rakan beliau sebagai 'Sabri Todi'. Wang sejuta lenyap dan ahli KVTTB tidak juga terbela malah keadaan status-quo. Presiden juga yang kenyang, perut boroi beliau membuktikan segalanya - makan dan minum hasil haram. Mohd Sabri juga dianggap 'a rounded Senior Rank' kerana champion dalam soal betina, arak dan judi. Baginya tiada yang haram dan sering menghalalkan cara. Untuk kali kedua, KVTTB turut mendapat projek bernilai RM2 juta yang sepatutnya dilaksanakan oleh Koperasi KVTTB namun Mohd Sabri telah meng'Ali Baba'kan projek tersebut untuk mendapat wang mudah sebanyak RM1 juta bagi dirinya. Terkini beliau telah mengajak ahli KVTTB menyertai PKR yang dirancang pada 21 Mac ini di Stadium Kajang namun majoriti ahli telah sedar akan 'permainan dan sandiwara jijik' beliau, telah sebulat suara berikrar menyokong kerajaan pimpinan BN sekaligus aktiviti pada 21 Mac terpaksa dibatalkan oleh beliau. Ketahuilah wahai seluruh ahli dan bukan ahli KVTTB bahawa Mohd Ali hanya mementingkan diri sendiri dan segala tindakan beliau hanya bermotifkan untuk mendapatkan wang daripada kerajaan atau pihak tertentu. Sesungguhnya jika KVTTB dibiarkan dipimpin oleh Mohd Sabri, kesemuanya akan masuk longkang kotor dan menempah kemusnahan. Mohd Sabri perlu ditentang dan dilucutkan mahkotanya sebagai Presiden KVTTB.

No comments:

Post a Comment